Thursday 28 January 2016

Wanita dakwa panjang umur kerana amalan merokok


KATHMANDU, Nepal – Seorang wanita berusia 112 tahun di sini mendakwa dia dapat hidup lama kerana tabiat menghisap sebanyak 30 batang rokok pada setiap hari.

Batuli Lamichhane berkata, dia menghisap rokok sejak berusia 17 tahun dan terus mengamalkan tabiat buruk itu hingga ke hari ini.

Namun, Lamichhane menasihatkan supaya hanya mengambil rokok tempatan, beedis yang digulung sendiri dan mengelak daripada menghisap rokok komersial yang banyak dijual di pasaran.

“Saya tidak kisah mengenai usia saya dan telah menghisap rokok sejak 95 tahun lalu,” kata Lamichhane.

Dia turut berkongsi rahsia kesihatan dengan sentiasa bergerak aktif dan tidak membiarkan diri berasa tertekan.

“Orang pada zaman moden ini mempunyai tekanan hidup yang tinggi. Ia menyebabkan umur menjadi singkat. Anda sebenarnya perlu aktif dan bebas tekanan,” katanya. – AGENSI


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0128&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3yVBlMaQF
Hakcipta terpelihara

Didenda RM300 kerana lawan perogol

Didenda RM300 kerana lawan perogol

SONDERBORG - DENMARK. Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun didenda kerana menggunakan senjata terlarang iaitu penyembur lada untuk mempertahankan diri daripada dirogol, semalam.

Menurut laporan Local Denmark, remaja tersebut mendakwa seorang lelaki menyerangnya kira-kira jam 10 malam dan cuba membuka pakaiannya.

Perogol bagaimanapun melarikan diri selepas disembur dengan penyembur lada.

Jurucakap polis, Knud Kirsten memberitahu memiliki atau menggunakan penyembur lada atau pepper spray adalah dilarang dan remaja tersebut bakal didenda 500 kroner (RM309.47).

Sementara itu, stesen TV tempatan, TV Syd pula memaklumkan orang awam yang mengetahui nasib malang remaja tersebut kemudian mula mengumpulkan dan untuk menolong remaja terbabit membayar denda.

-Sinar

Wednesday 27 January 2016

Sembunyi 14 botol arak dalam seluar



Riyadh: Pihak berkuasa kastam Saudi kelmarin menahan seorang lelaki tempatan bersama beberapa botol arak yang disembunyikannya di dalam seluarnya. Lelaki itu yang identitinya tidak didedahkan ditahan ketika cuba memasuki semula Arab Saudi di tambak Raja Fahd yang menghubungkan negara itu dengan Bahrain. Dia diarah turun dari keretanya untuk menjalani pemeriksaan selepas pihak berkuasa mendapati dia berkelakuan mencurigakan. Menurut laporan akhbar Sabq, kastam menemui 14 botol arak yang diikat pada tubuhnya di dalam seluar.
Dalam kejadian lain, kastam Saudi merampas merampas hampir 70,000 botol arak yang disembunyikan di dalam kotak sabun. Rampasan itu dibuat selepas van yang mendakwa membawa sabun diperiksa ketika cuba memasuki negara itu menerusi pintu sempadan Al-Badaha dari Emiriah Arab Bersatu (UAE). Sabq melaporkan, 3,600 botol besar berisi arak dirampas di samping 64,800 botol kecil dan tin bir. Arab Saudi mengharamkan sama sekali arak dan mereka yang didapati bersalah menyeludupnya boleh dikenakan hukuman penjara yang lama. - Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/110439#sthash.wB6OS8T3.dpuf

Teknik tumbuh telinga



Tokyo: Sekumpulan saintis di Jepun berjaya menumbuhkan telinga manusia di belakang tikus dan percaya dalam tempoh lima tahun lagi teknologi itu akan membantu pesakit yang cacat anggota badan.
Kajian bersama oleh Universiti Teknologi Tokyo dan Universiti Teknologi Kyoto itu boleh membantu bayi yang dilahirkan dengan wajah cacat serta kanak-kanak yang cedera di muka akibat digigit anjing.
Orang dewasa termasuk askar yang hilang anggota badan akibat peperangan atau mangsa kemalangan jalan raya turut mendapat manfaat daripada teknologi itu.
Ketika ini tulang rawan diambil dari rusuk pesakit untuk dibentuk menjadi telinga.
Bagaimanapun, kaedah itu memerlukan beberapa pembedahan dan prosedur mengeluarkan tulang rawan sangat menyakitkan dengan dada pesakit tidak pulih sepenuhnya.
Teknologi baru ini pula memerlukan sedikit sel stem manusia sebagai sampel untuk menumbuhkan telinga berkenaan.
Lebih menarik lagi telinga yang ditumbuhkan itu boleh hidup dengan badan manusia dan membesar bersama kanak-kanak.
Proses itu bermula apabila saintis menumbuhkan sel stem manusia kepada sel tulang rawan di dalam makmal.
Sel tulang rawan itu dimasukkan ke dalam tiub plastik berbentuk telinga manusia yang diletakkan di belakang tikus.
Selepas dua bulan, tiub plastik itu larut dan yang tinggal hanyalah bahagian daging berbentuk telinga di belakang haiwan itu.
Teknik itu adalah antara beberapa kaedah yang disempurnakan di seluruh dunia bagi membuat organ gantian manusia untuk pesakit yang cacat anggota badan.
 Sekumpulan saintis di Britain sebelum ini berjaya menumbuhkan hidung manusia di lengan pesakit itu sendiri.
Saintis juga yakin, satu hari nanti seluruh muka juga boleh ditumbuhkan di dalam makmal.

 - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/110165#sthash.rwZKnyzO.dpuf

Sunday 24 January 2016

Mereka 'kebal'

  
Kuala Pilah: “Ajaran Pakcu Baharin sebenarnya sudah lama bertapak di daerah ini lebih 20 tahun lalu. Ketika itu mereka memiliki surau usang dibina menggunakan papan dan kini sudah diperbesarkan,” kata penduduk Kampung Gachong, Senaling, di sini, mahu dikenali sebagai Ali, 42 menceritakan mengenai Ajaran Pakcu Bahrin. Ali berkata, lelaki berusia 70-an itu mula menyampaikan ajaran berkenaan pada 1990-an selepas menamatkan khidmat sebagai anggota penyiasat ajaran sesat di Johor Bahru. “Setahu saya, pengikut ajaran ini tidak ramai di Kuala Pilah, tetapi dari daerah dan negeri berhampiran.
“Boleh dikatakan ribuan pengikut taasub mengikuti pengajian sehinggakan mereka mengumpul wang sendiri membina surau baru yang diperbuat daripada simen dan batu,” katanya. Menurut Ali, pada 1990-an sehingga sekitar tahun 2000, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) banyak kali menyerbu surau berkenaan. “Namun JHEAINS gagal mengheret ketua ajaran itu ke mahkamah kerana kurang bukti selain maklumat operasi bocor di tengah jalan,” katanya. Jelasnya, ini kerana pengikut ajaran terbabit dianggotai bekas anggota keselamatan dan tentera berpencen selain masih ada yang berkhidmat. “Ini kekebalan dimiliki mereka,” katanya memaklumkan surau baru yang dijadikan markas ajaran yang terletak kira-kira 500 meter dari jalan utama kampung itu. Katanya lagi, sewaktu mula menyampaikan ajaran, penduduk kampung berkenaan tidak berminat mengikutinya kerana bertentangan dengan al-Quran. “Apabila ribuan pengikut dari luar memberi sokongan, penduduk kampung ini seperti membuka mata untuk mengikut sama ajaran itu. “Ini amat membimbangkan kerana JHEAINS dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memfatwakan ajaran itu sesat,” katanya. Harian Metro semalam melaporkan, Ajaran Pakcu Baharin yang berpangkalan di daerah ini sangat berpengaruh dan diasaskan bekas anggota keselamatan yang pernah bertugas memantau ajaran sesat. Menurut laporan, biarpun ajaran itu difatwakan sesat oleh JHEAINS dan JAKIM, ia masih kebal kerana memiliki ramai pengikut membabitkan anggota keselamatan yang lain. Laporan itu menyebut, antara intipati ajaran adalah menurunkan tafsiran bercanggah daripada pengertian al-Quran selain pengasasnya memiliki kitab dikarang sendiri berdasarkan logik akal.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/109506#sthash.vqCzTTgH.dpuf

Remaja bergambar seperti bersolat di tengah jalan dikecam



Bengkulu: Majlis Ulama Indonesia (MUI) wilayah Bengkulu mengecam sekumpulan remaja bergambar seperti sedang bersolat di tengah jalan di bandar ini. Wakil MUI Bengkulu, Zulkarnain Dali berkata, tindakan remaja itu dilihat sebagai mempersendakan agama Islam.“Solat ada rukun dan syarat yang perlu diikuti. Solat juga perlu dilakukan di tempat suci dan menghadap kiblat,” katanya. Lapan remaja itu mencetuskan kemarahan penduduk Islam di Indonesia selepas merakamkan beberapa gambar seperti sedang solat di lintasan zebra di satu persimpangan lampu isyarat di sini.

Gambar itu kemudian dimuat naik di laman Facebook seorang remaja yang dikenali sebagai Rizqy Zhoon (Bos Boncel). Kata Zulkarnain, ada remaja dalam gambar itu tidak memakai baju, berseluar pendek, berkasut dan memakai pakaian yang tidak sesuai untuk solat.“Kami mengecam tindakan ini dan menggesa pihak sekolah dan jabatan pendidikan mengambil tindakan terhadap remaja itu.“Kami juga mahu pihak polis menyiasat remaja ini kerana ia mencetuskan kemarahan orang Islam,” jelasnya. - Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/109443#sthash.8zXUUg10.dpuf

Friday 22 January 2016

Tak kesal potong tangan sendiri



Islamabad: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang memotong tangannya kerana menyangka dirinya kufur berkata, dia tidak menyesali perbuatannya itu. Remaja itu memotong tangannya selepas imam yang memberi syarahan di sebuah masjid di wilayah Punjab menyuruh sesiapa yang tidak sayangkan Nabi Muhammad (SAW) supaya mengangkat tangan. Remaja terbabit mengangkat tangan kerana tersilap faham soalan diajukan menyebabkannya dituduh kufur dan digesa bertaubat. Kerana takut, remaja itu pulang dan memotong tangannya sendiri menggunakan sabit.
“Imam itu berkata, sesiapa yang tidak percayakan ajaran Rasulullah supaya mengangkat tangan. Saya tersilap mendengar soalan itu sebenarnya.“Apabila dituduh kufur, saya pulang ke rumah, memotong tangan sendiri dan membawanya kepada imam itu di atas dulang.“Namun saya tidak menyesal perbuatan itu kerana ia demi mempertahan Islam. Tidak sepatutnya saya rasa sakit atau sedih memotong tangan yang diangkat untuk menentang Rasulullah,” katanya kepada BBC. Imam terbabit ditahan polis Pakistan atas tuduhan menghasut kebencian yang secara tidak langsung turut membahayakan nyawa mangsa yang dituduh kufur. Kekufuran isu amat sensitif di Pakistan dengan orang ramai sering membunuh sesiapa dianggap menghina Islam. - Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/109172#sthash.2iGghsrG.dpuf

Thursday 21 January 2016

Suami paksa isteri bogel di jalan raya


New York: Seorang lelaki yang mendapati isterinya menghantar gambar bogel kepada lelaki lain bertindak memalukannya dengan memaksanya berjalan dalam keadaan telanjang bulat di jalan raya di sini. Rakaman video menunjukkan wanita itu pada mulanya memakai tuala sebelum lelaki itu menyuruhnya menanggalkannya, sekali gus mendedahkan seluruh tubuhnya kepada orang ramai. Di dalam video berkenaan, lelaki itu - dipercayai suaminya boleh didengar berkata: “Berhenti dan tanggalkan tuala itu.“Wanita cantik seperti kamu, dengan tujuh lelaki. Kamu patut dihukum. “Sekarang semua orang boleh lihat! Sekarang semua orang boleh lihat!” Wanita itu cuba melindungi kehormatannya dengan kanvas yang digunakan untuk menutup sebuah motosikal tetapi dihalang oleh lelaki berkenaan. Menurut maklumat bersama video itu, lelaki berkenaan mendapati wanita itu berbalas mesej dengan beberapa lelaki dan berkongsi gambar bogelnya meskipun ia tidak dapat disahkan. Video itu kemudian dimuat naik di laman LiveLeak.com dan mencatatkan lebih 9,000 tontonan dalam tempoh lapan jam. Seorang penonton berkata: “Saya tidak tahu apa yang dia lakukan dan saya tidak peduli. Tiada siapa berhak dimalukan sebegitu.” - Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/108976#sthash.vbT0WNDW.dpuf

Amah gergaji mayat suami isteri


Paris: Seorang amah warga China mendakwa bertindak mempertahan diri ketika membunuh dan mengerat mayat majikannya di Perancis pada 2012.
Hui Zhang, 34, didakwa diserang dua majikannya itu selepas bayi dalam jagaannya mati ketika tidur. Dia mendakwa, pasangan itu menyerangnya dan teman lelaki Te Lu, 34, menggunakan pisau pemotong apabila dia memaklumkan mereka mengenai kematian anak itu.

“Memang saya membunuh mereka dan saya akan menyesal sampai mati,” kata Hui.
Peguam belanya Alexis Guedj menekankan Hui sekadar mempertahan diri. Te bagaimanapun menafikan tuduhan terhadapnya selepas mendakwa pengsan ketika pergaduhan berlaku.
“Saya tidak bersalah. Ini memang satu mimpi ngeri,” katanya.
Bagaimanapun, pendakwa Chloe Arnaux mendesak hukuman berat atas alasan kedua-dua tertuduh membawa senjata tajam ketika menemui mangsa.
Selepas membunuh majikannya itu, Hui dilaporkan mengheret dua mayat berkenaan ke dalam bilik air sebelum memotongnya menggunakan gergaji elektrik dan menghidupkan mesin basuh untuk menghalang bunyi bising.
Te dilaporkan terjaga daripada pengsan dan sempat membantu memasukkan anggota badan yang dikerat ke dalam beg sampah.
Pasangan itu kemudian melarikan diri ke China, tetapi kembali ke Perancis selepas dipercayai takutkan hukuman mati dikenakan di negara asal.
Selepas anggota badan mangsa ditemui orang ramai pada Jun 2012 di kawasan hutan di Vincennes, Hui dan Te menyerah diri kepada polis dan membantu mencari anggota badan yang masih hilang. Bagaimanapun, mayat bayi itu yang juga dibuang di dalam timbunan sampah tidak ditemui.

- AFP/Metro

Wednesday 20 January 2016

Kejamnya kamu wahai suami


Kabul: Gambar seorang wanita yang dipotong hidung oleh suaminya selepas mereka bergaduh mencetuskan kemarahan banyak pihak di negara itu dengan aktivis menuntut hukuman berat dikenakan untuk perbuatan yang dianggap tidak bertamadun itu. Menurut NBCNEWS, hidung wanita itu, Reza Gul, 20, dipotong suaminya di rumah mereka di utara wilayah Faryab semalam, dan dia dikejarkan ke hospital oleh ahli keluarganya.
Menurut Ketua Polis Afghanistan, Jeneral Sayed Aqa, suami wanita itu melarikan diri dan polis sedang memburunya. Suruhanjaya Hak Asasi Afghanistan yang menyebarkan gambar Reza Gul melalui Twitter (https://twitter.com/afghanistanihrc) mengutuk perbuatan itu sebagai kejam dan mendesak kerajaan menangkap suami wanita berkenaan.
Di beberapa wilayah di Afghanistan, memotong hidung bermaksud mahu memalukan mangsa serta menunjukkan mangsa kononnya membawa malu besar kepada keluarga atau suku kaum.
AFP melaporkan, menurut Ahmad Javed Bedar iaitu jurucakap Gabenor Faryab, suami wanita itu, Mohammad Khan, memotong hidung isterinya menggunakan pisau lipat dan dia kini melarikan ke kawasan dikuasai Taliban.
Ahmad Javed berkata, Reza Gul memerlukan pembedahan mencantum atau membentuk semula hidungnya yang tidak mungkin dapat dilakukan di Afghanistan. Pasangan itu sudah lima tahun berkahwin dan mempunyai seorang anak.
Pada 2010, seorang wanita, Bibi Aisha, 18, juga dipotong hidungnya oleh suaminya kerana melarikan diri dari rumah selepas tidak tahan didera lelaki berkenaan.
Majalah Time menyiarkan gambarnya di muka depan yang menarik perhatian serta simpati seluruh dunia.
Bibi Aisha kemudian dibawa ke Amerika Syarikat dan dipasang hidung palsu sebelum menjalani pembedahan pembentukan semua hidungnya. - Agensi.

 - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/108537#sthash.l9zBQgpe.dpuf

Tuesday 19 January 2016

Kunci cawat besi hilang


Padua (Itali): Seorang wanita terpaksa menempuh saat memalukan apabila terpaksa mendapatkan bantuan bomba untuk membuka cawat besi yang dipakainya.
Wanita pertengahan umur itu terpaksa meminta pertolongan selepas kunci cawat besi itu hilang.
Pada mulanya, pegawai bomba menyangka dia kehilangan kunci rumah dan bertanya alamat kediamannya.
Mereka hanya mengetahui dan memahami insiden memalukan itu selepas wanita berkenaan mengangkat baju pinafo untuk menunjukkan cawat berkenaan.
Wanita yang tidak boleh didedahkan namanya itu kerana undang-undang privasi Itali memberitahu bomba: “Saya kehilangan kunci dan tidak boleh membukanya.”
Apabila ditanya sama ada dia dipaksa memakai cawat itu atau dia menjadi mangsa keganasan domestik, wanita berkenaan memberitahu, dia memakainya untuk menghalang dirinya daripada terbabit dalam hubungan seks.
Cawat besi popular ketika era Renaissance dan sejarah menunjukkan ia digunakan untuk menahan si pemakai melakukan seks atau melindungi diri daripada diperkosa.
Cawat besi dipercayai pertama kali digunakan ketika Perang Salib apabila suami yang keluar berperang mengarahkan isteri mereka memakainya untuk menghalang mereka curang.

-Metro

Monday 18 January 2016

Nota rayu penumpang berhenti kentut dalam pesawat jadi viral

Nota ditulis seorang penumpang yang menjadi viral di Internet.
 
LONDON 17 Jan. – Gara-gara tidak tahan dengan bau busuk kentut, seorang penumpang sebuah pesawat penerbangan bertindak lucu dengan menulis sekeping nota merayu individu tidak dikenali itu agar berhenti berbuat demikian.

Mirror UK melaporkan, nota tersebut yang ditulis di atas napkin kemudian diserahkan kepada pramugari supaya pengumuman boleh dibuat, meminta agar penumpang itu berhenti kentut.
Antara kandungan nota yang kemudian menjadi viral itu adalah, ‘Saya tidak pasti sekiranya anda boleh membuat pengumuman ini. Sesiapa yang duduk di antara barisan 10 hingga 12 yang sedang kentut tidak henti, perlu segera berjumpa dengan doktor kerana anda mungkin menghidap penyakit kanser di punggung.’
Nota itu kemudian dimuat naik ke laman sosial oleh seorang penumpang menggunakan nama Garwee20 dan menjadi viral dengan sekelip mata, malah telah dilihat oleh lebih sejuta pengguna.
Rata-rata pengguna Internet melahirkan rasa kelakar dan tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman seperti itu ketika berada dalam pesawat.
Ada juga pengguna tertanya-tanya seandainya pramugari itu ‘berjaya’ bercakap dengan penumpang yang mengeluarkan bau kentut tersebut.
Tahun lalu, sebuah pesawat British Airways dalam penerbangan ke Dubai terpaksa berpatah balik ke London hanya kerana bau busuk dari tandas di dalam kabin.

-Utusan

Ketepi rasa malu untuk selamatkan anak


Beijing: Seorang lelaki sanggup berpakaian seperti wanita ketika menjual bunga di stesen kereta api Metro Beijing di sini semata-mata mencari wang bagi membiayai rawatan anaknya yang disahkan menghidap kanser.
Setiap petang selepas tamat waktu bekerja, Dong Dajun memakai gaun berwarna merah dan rambut palsu sebelum datang ke stesen kereta api berkenaan untuk menjual bunga.

Dong yang bekerja sebagai buruh berkata, dia terpaksa melakukan pekerjaan itu semata-mata mahu mencari wang membiayai rawatan penyakit kanser anak lelakinya.
Katanya, anak tunggalnya yang berusia lima tahun itu menjalani tiga kali rawatan kimoterapi dan perlu melakukan lapan lagi rawatan.
“Setakat ini kos rawatan perubatan anak saya mencecah 210,000 yuan (RM141,544) dan jumlah itu termasuk 140,000 yuan (RM94,363) yang saya terpaksa pinjam daripada ahli keluarga serta rakan.
“Untuk meneruskan rawatan ini saya perlu menyediakan wang yang lebih banyak bagi menampung kos perubatan yang mahal,” katanya.
Menurutnya, dia mengambil keputusan untuk menjual bunga bagi mendapatkan wang tambahan untuk menyelamatkan nyawa anakny.
“Saya berpakaian wanita kerana mahu menarik perhatian pelanggan walaupun pada mulanya saya rasa malu,” jelasnya.
Kos perubatan yang tinggi menyebabkan keluarga miskin di China terpaksa memikirkan cara kreatif untuk mencari wang bagi menyelamatkan nyawa insan tersayang. - Agensi/Metro

Friday 15 January 2016

Lelaki jual sperma miliki lebih 800 anak



BEDFORDSHIRE, Britain – Seorang lelaki mendakwa menjadi penderma sperma paling banyak di Britain. Simont Watson berkata, dia ialah bapa kepada 800 orang anak selepas menjual spermanya pada harga £50 (RM320) untuk satu picagari sperma.

Watson, 41, yang mendermakan spermanya selama 16 tahun dipercayai menjadi bapa kepada beratus-ratus kanak-kanak dengan sekurang-kurang seorang bayinya dilahirkan pada setiap minggu. Terkini, Watson mengiklankan perkhidmatannya, magic potion di Facebook dan laman jual beli internet lain.

“Saya mahu mencatat rekod dunia, pastikan tiada orang lain cuba memecahkan rekod ini.

“Seorang bayi saya dilahirkan pada setiap minggu, jadi saya memiliki kira-kira 800 bayi setakat ini. Dalam masa empat tahun lagi, saya akan mencapai angka 1,000 orang anak, jika saya mampu,” ujarnya.

Menurutnya, dia memberikan satu picagari sperma bersama bekas kepada pembeli dan membiarkan mereka mengambil langkah seterusnya.

Watson yang mempunyai dua anak lelaki berusia 19 dan 17 tahun daripada perkahwinan pertamanya dan seorang anak perempuan berusia 10 tahun selepas berkahwin kali kedua, mula menderma sperma selepas bercerai dengan isteri pertamanya kerana mahu memiliki anak yang ramai. – AGENSI


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0115&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3xH7O8rOm

Thursday 14 January 2016

Lelaki bunuh bekas isteri, anak tiri ditahan

Basri Jamaluddin
 

Wednesday 13 January 2016

Azab ‘ahli sihir’



Enga (Papua New Guinea): Sebuah rakaman video tersebar di media sosial menunjukkam empat wanita diseksa sekumpulan lelaki yang menuduh mereka mengamalkan ilmu sihir. Kejadian itu dilaporkan berlaku di sebuah kampung di Papua New Guinea, di mana keganasan dan pembunuhan yang berkaitan dengan ilmu sihir masih rancak dilakukan. Dalam video terbabit, keempat-empat wanita berkenaan dibogel, diikat, dibakar dan dipukul. Ia juga menunjukkan mereka diancam menggunakan parang sambil disoal sekumpulan lelaki terbabit. Menurut sumber, empat wanita itu dituduh melakukan sihir selepas seorang lelaki jatuh sakit di sebuah kampung di daerah Enga, Ogos lalu.

Penduduk kampung mendakwa mereka mengeluarkan hati lelaki yang sakit itu secara batin menggunakan sihir. Bagaimanapun, mereka berulang kali menafikan tuduhan itu dengan seorang wanita merayu kepada penyerangnya: “Anakku, hentikannya!”Lelaki itu kemudian menjawab: “Beritahu cepat di mana kamu menyimpannya? Bakar dia guna wayar itu!”Sementara itu seorang lagi wanita berkata: “Saya tidak ada kena mengena dengan semua ini.”Dan seorang lagi berkata: “Saya ibu kepada lima anak.”Kumpulan penyerang itu kemudian mendakwa empat wanita itu memulangkan hati lelaki terbabit selepas diseksa, sekali gus menunjukkan mereka ‘bersalah’, menurut laporan media sosial. Dipercayai sekurang-kurangnya seorang wanita maut selepas penyeksaan itu. Bagaimanapun, ia masih belum dapat disahkan lagi.

 - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/87694#sthash.wf4A0Ckc.dpuf

Tuesday 12 January 2016

Nak cium kena patuk


Phuket: Seorang pelancong mengalami saat menakutkan apabila mukanya dipatuk ular selepas cuba mencium kepala ular berkenaan di sebuah taman haiwan. Rakaman kejadian itu menunjukkan ular tedung itu mematuk pelancong China, Jin Jing sementara lelaki yang memegang haiwan panik dan orang ramai yang melihatnya kedengaran menjerit. Ia dilaporkan berlaku di sebuah taman haiwan yang tidak dinamakan yang terletak bersebelahan dengan zoo Phuket di Chalong. Jin dikejarkan ke Hospital Antarabangsa Phuket dan menerima rawatan untuk luka kecil dan lebam pada hidungnya.googletag.display('div-gpt-ad-1406187945380-0'); Dia bernasib baik kerana ular itu tidak berbisa dan dia dibenarkan keluar dari hospital selepas lukanya dijahit. Polis sebelum ini memberi amaran kepada pelancong mengenai risiko mengunjungi taman haiwan ‘koboi’ yang tidak diiktiraf pihak berkuasa. Dalam satu kejadian sebelum ini, kaki seorang pelancong wanita, juga dari China, dibaham seekor buaya di Taman Buaya Chiang Mai ketika dia berada terlalu dekat dengan sang bedal itu dengan tujuan untuk merakam gambar.

  - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/106664#foto

Monday 11 January 2016

2 calon payung emas






Taif: Dua wanita yang bermadu bertindak meminang dan mengahwinkan suami mereka yang sudah tua sebagai cara untuk menzahirkan cinta mereka kepadanya. Awad bin Owaimier Al Dhuwaibi yang berusia 70-an berkata, dia amat terkejut apabila dua isterinya menawarkannya isteri ketiga.“Saya mula menyangka mereka berjenaka. Tetapi mereka yakinkan saya bahawa mereka ikhlas.“Mereka memberitahu bahawa mereka mahu mencari isteri muda untuk saya kerana mereka sayangkan saya dan mahukan saya gembira,” kata Awad kepada akhbar Okaz.googletag.display('div-gpt-ad-1406187945380-0');“Mereka mengadakan majlis kahwin itu minggu lalu dan saya kini berbulan madu. Saya tidak akan lupa apa yang mereka lakukan kepada saya,” katanya kepada wartawan di Taif, bandar di barat Saudi. - Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/106299#sthash.YKzCYE13.dpuf

Friday 8 January 2016

‘Bonda Ratu’ pula mahu sampai anugerah kebesaran

Kad jemputan Ratu Bonda yang mengaku keturunan raja dari Sumatera,
KUALA LUMPUR 7 Jan. - Selepas kecoh isu penganugerahan pingat kebesaran oleh Noor Jan Tuah yang mendakwa sebagai Sultan Melaka, kini muncul pula seorang wanita mengaku berasal daripada keturunan raja yang turut merancang menyampaikan anugerah pingat kebesaran pada Sabtu ini.
 
Wanita yang menggelarkan dirinya Raja Kerinchi Tinggi Sumatera, Indonesia atau ‘Bonda Ratu’ itu akan menyampaikan pingat kepada beberapa individu pada ‘Hari Kebesaran Bonda Ratu’ di ‘Istana Ratu Mahligai Sungai Rambai, Melaka.

Antara penerima yang tersenarai dalam atur cara termasuklah beberapa tokoh dalam dan luar negara dan turut diadakan ialah pemberian anugerah gelar adat kepada lima penerima.

“Difahamkan seramai 80 orang dijangka hadir pada majlis tersebut untuk menerima anugerah dan gelaran tertentu. Majlis yang diadakan secara besar-besaran itu turut didakwa akan dihadiri oleh keturunan Kesultanan Kerinchi,’’ kata sumber itu kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Penganugerahan pingat seumpama itu sudah beberapa kali berlaku termasuk yang terbaharu oleh Noor Jan, baru-baru ini. Selain itu, Melaka juga pernah ‘digemparkan’ dengan penganugerahan pingat oleh keturunan Raja Naning pada 2014.

Kesemua anugerah itu dirancang akan disampaikan oleh wa­nita tersebut yang turut akan menjelaskan susur galur keturunan Kesultanan Alam Kerinchi Tinggi Nan Sakti.

Lebih mengejutkan, wanita berkenaan turut mempamerkan logo rasmi kononnya melam­bangkan institusi Kesultanan Kerinchi pada sampul surat jemputan bagi majlis berkenaan yang tertera perkataan ‘Urusan Seri Paduka Baginda’, selain menggunakan gelaran ‘Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ratu...’ pada permulaan namanya.

Sementara itu, difahamkan satu laporan polis telah dibuat oleh kerajaan negeri bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan bagi mengelakkan daripada berlaku perkara tidak diingini yang bertentangan dengan undang-undang negara.

-Utusan

Gadai nyawa demi murid


Beijing: Seorang guru koma selepas sempat menyelamatkan anak muridnya daripada dirempuh motosikal yang dibawa laju di depan sekolah mereka. Rakaman kamera keselamatan menunjukkan kejadian jam 1.05 petang (waktu tempatan) pada 16 Disember lalu itu dengan guru berkenaan, Xu Meirong, 50, dilihat bersama empat muridnya melintas jalan di depan sekolah mereka di Huanggang, tengah China.

 Jalan itu tiada lampu isyarat, dan apabila mereka tiba di tengah jalan kelima-limanya kelihatan terpaku seolah-olah terkejut melihat sesuatu yang datang dari arah kanan mereka. Dua murid berkenaan terus berlari semula ke kaki lima, manakala dua lagi tidak bergerak kerana terkejut.

Tiba-tiba sebuah motosikal dilihat meluru ke arah mereka. Xu pantas menolak seorang muridnya sambil memberi isyarat supaya motosikal itu berhenti, tetapi penunggangnya tidak mengendahkannya dan terus merempuhnya sebelum meninggalkan tempat kejadian.

Akibat kejadian itu, Xu cedera teruk di kepala, tetapi kini dilaporkan stabil. Penunggang motosikal terbabit dikenal pasti bernama Liu, 24, didakwa mabuk ketika kejadian. - Agensi


 - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/104028#sthash.seRydAGh.dpuf

Thursday 7 January 2016

Ikan berjalan jadi tarikan Zoo China




IKAN jenis salamander Axolotl mampu berjalan kerana memiliki empat kaki.- AGENSI




BEIJING, China – Sejenis ikan ganjil yang dikenali sebagai salamander Axolotl kini menjadi tarikan terbaharu di sebuah zoo di sini kerana mempunyai empat kaki.

Ikan yang terdiri daripada pelbagai warna iaitu merah jambu, biru, hijau muda dan oren itu ternyata berjaya menarik perhatian pengunjung kerana merangkak dengan menggunakan kaki.

Haiwan itu kini dipamerkan di zoo awam di Shiyan, wilayah Hubei, China.



IKAN ganjil ini turut menjadi tarikan di sebuah zoo kerana memiliki pelbagai warna. - AGENSI




Bagaimanapun, haiwan itu dikatakan tidak lagi ditemui di perairan di kawasan hutan sebaliknya dibiakkan di dalam kurungan.

Para saintis juga sedang menjalankan kajian kerana kaki ikan berkenaan akan tumbuh semula jika terputus selain berupaya memulihkan organnya yang tercedera.

Lazimnya, spesies haiwan itu ditemui hidup di perairan di Tasik Xochimilco, Bandar Raya Mexico, namun kini dikatakan semakin pupus.

- AGENSI


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0107&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3wWmjil30

Bunuh isteri kerana Facebook

bunuh tikam

KAHERAH - MESIR. Seorang suami sanggup menikam isterinya sebanyak 17 kali kerana mendakwa tidak tahan dengan sikap wanita itu yang sering melayari Facebook sehingga mengabaikannya, lapor Emirates 24/7.‎
Lelaki berkenaan ditahan selepas menerima laporan dari abang mangsa yang mendakwa adik perempuannya ditikam beberapa kali di kediaman mereka yang terletak di timur Mesir.
"Suami wanita itu bertindak membunuh mangsa kerana tidak tahan dengan sikap isterinya yang lebih suka melayari laman Facebook berbanding melayaninya dan tidak menghiraukannya," sumber polis berkata yang dipetik akhbar tempatan.
Sementara itu, memetik stesen TV tempatan, ibu mangsa berkata, anaknya itu tetap meneruskan perkahwinan dengan lelaki itu walaupun dia tidak merestuinya.
" Saya tidak menghadiri perkahwinan dia. Saya hanya melihatnya pada hari perkebumiannya," katanya.

-Sinar

Wednesday 6 January 2016

Jutawan Switzerland hamil usia 53 tahun

Margarita Louis-Dreyfus bersama pasangannya,  Philipp Hildebrand
 
GENEVA 5 Jan. - Seorang jutawan wanita dari Switzerland dianggap sebagai seorang wanita luar biasa selepas dilaporkan mengandung anak kembar pada usia 53 tahun, baru-baru ini.

Menurut laman web Mirror.co.uk, Margarita Louis-Dreyfus yang merupakan Pengerusi sebuah syarikat konglomerat Perancis, Louis Dreyfus Commodities dan pemilik pasukan bola sepak Olympique de Marseille dan balu kepada seorang ahli perniagaan terkenal Perancis, Robert Louis-Dreyfus dijangka bersalin pasangan kembar perempuan pada awal April ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan syarikatnya, Margarita yang juga Pengerusi Bukan Eksekutif Lembaga Penyeliaan Kumpulan Louis-Dreyfus akan meneruskan tanggungjawab sebagai pengerusi di syarikat berkenaan sehingga bersalin dan akan bercuti buat sementara sebelum kembali bertugas pada akhir April.

Sebelum ini terdapat khabar angin mengenai kehamilan Margarita bersama pasangannya, Philipp Hildebrand, seorang pekerja bank di Switzerland berusia 52 tahun.

Jutawan itu, sebelum ini mempunyai tiga orang anak lelaki termasuk sepasang anak kembar hasil perkahwinan kedua bersama usahawan Robert Louis-Dreyfus, yang meninggal dunia akibat penyakit leukimia pada 2009.

Majalah Forbes menganggarkan harta kekayaan jutawan itu bernilai AS$7.1 bilion (RM30.8 bilion) pada tahun lalu.

-Utusan

Tuesday 5 January 2016

Pelajar wanita tawar diri untuk disewa

Hangzhou (China): Kebiasaannya peniaga menjual produk atau barangan peribadi, namun berbeza dengan dua wanita muda ini yang menawarkan diri sendiri untuk ‘dijual.’
Kedua-dua wanita yang didakwa pelajar universiti di Hangzhou, wilayah Zhejiang di timur China, berbuat demikian dengan harapan dapat mengisi zaman remaja mereka menemani orang yang bertuah untuk menonton wayang, keluar makan dan membeli-belah.

 
Mereka dilihat berjalan di sekitar West Lake sambil memegang poster yang dibuat sendiri, menawarkan dirin untuk ‘disewa’ dan ‘berpacaran.’
Secara keseluruhannya, kelakuan mereka dilihat berjaya menarik perhatian.
Ramai pengunjung mengelilingi mereka. Bagaimanapun ia mungkin mempunyai kaitan dengan musim cuti.
Malangnya, kadar bayaran yang dikenakan untuk menggunakan perkhidmatan mereka tidak dinyatakan. - Agensi /Metro

Monday 4 January 2016

Arab Saudi hukum mati ulama Syiah



TEHERAN – Arab Saudi akan membayar harga yang tinggi kerana membunuh ulama Syiah berpengaruh, Nimr al-Nimr semalam, kata jurucakap Kementerian Luar Iran, Hossein Jaber Ansari dalam satu amaran kepada Riyadh.

“Kerajaan Arab Saudi menyokong menangani krisis dalam negeri dengan penindasan dan pembunuhan,” kata Hossein yang dipetik agensi berita rasmi Iran, IRNA.

Arab Saudi melaksanakan hukuman mati terhadap 47 individu yang didapati bersalah melakukan keganasan terma­suk Nimr.

Ulama berumur 56 tahun itu menjadi pendukung tunjuk pe­rasaan pada 2011 di timur Arab Saudi di mana penduduk minoriti Syiah mengadu mereka disisihkan oleh kerajaan.

Namun, senarai mereka yang dihukum mati itu tidak termasuk anak saudara Nimr, Ali al-Nimr yang berusia 17 tahun apabila dia ditangkap susulan bantahan tersebut.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0103&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3wF8hc0WJ

Wanita Arab Saudi ada yang miang

Jeddah: Sebuah pusat beli-belah terbesar di sini melaporkan 16 kes gangguan seksual yang dilakukan wanita terhadap lelaki.
Walaupun gangguan itu dilaporkan kepada kakitangan keselamatan, tidak seorang pun lelaki terbabit membuat aduan rasmi kerana bimbang ia akan mengaibkan diri sendiri, lapor akhbar Saudi Gazette.

Pengurus besar pusat beli-belah itu Ryan Kaddouri berkata, rakaman CCTV menyokong dakwaan lelaki yang diganggu itu dan video mengenainya diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.
Laporan mengenainya mencetuskan perdebatan dalam kalangan penduduk Jeddah dengan sebahagian mereka mendesak supaya tindakan tegas diambil terhadap wanita itu.
“Wanita yang mengganggu lelaki hanya mahukan perhatian, lebih-lebih lagi jika lelaki itu kacak,” kata seorang pengunjung lelaki yang diwawancara akhbar berkenaan.
Seorang wanita pula memberitahu Saudi Gazette, wanita mengganggu lelaki kerana mereka ingin mencari pasangan hidup. - Agensi/Metro