Thursday 7 January 2016

Ikan berjalan jadi tarikan Zoo China




IKAN jenis salamander Axolotl mampu berjalan kerana memiliki empat kaki.- AGENSI




BEIJING, China – Sejenis ikan ganjil yang dikenali sebagai salamander Axolotl kini menjadi tarikan terbaharu di sebuah zoo di sini kerana mempunyai empat kaki.

Ikan yang terdiri daripada pelbagai warna iaitu merah jambu, biru, hijau muda dan oren itu ternyata berjaya menarik perhatian pengunjung kerana merangkak dengan menggunakan kaki.

Haiwan itu kini dipamerkan di zoo awam di Shiyan, wilayah Hubei, China.



IKAN ganjil ini turut menjadi tarikan di sebuah zoo kerana memiliki pelbagai warna. - AGENSI




Bagaimanapun, haiwan itu dikatakan tidak lagi ditemui di perairan di kawasan hutan sebaliknya dibiakkan di dalam kurungan.

Para saintis juga sedang menjalankan kajian kerana kaki ikan berkenaan akan tumbuh semula jika terputus selain berupaya memulihkan organnya yang tercedera.

Lazimnya, spesies haiwan itu ditemui hidup di perairan di Tasik Xochimilco, Bandar Raya Mexico, namun kini dikatakan semakin pupus.

- AGENSI


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0107&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3wWmjil30

No comments: