Wednesday, 27 January 2016

Sembunyi 14 botol arak dalam seluar



Riyadh: Pihak berkuasa kastam Saudi kelmarin menahan seorang lelaki tempatan bersama beberapa botol arak yang disembunyikannya di dalam seluarnya. Lelaki itu yang identitinya tidak didedahkan ditahan ketika cuba memasuki semula Arab Saudi di tambak Raja Fahd yang menghubungkan negara itu dengan Bahrain. Dia diarah turun dari keretanya untuk menjalani pemeriksaan selepas pihak berkuasa mendapati dia berkelakuan mencurigakan. Menurut laporan akhbar Sabq, kastam menemui 14 botol arak yang diikat pada tubuhnya di dalam seluar.
Dalam kejadian lain, kastam Saudi merampas merampas hampir 70,000 botol arak yang disembunyikan di dalam kotak sabun. Rampasan itu dibuat selepas van yang mendakwa membawa sabun diperiksa ketika cuba memasuki negara itu menerusi pintu sempadan Al-Badaha dari Emiriah Arab Bersatu (UAE). Sabq melaporkan, 3,600 botol besar berisi arak dirampas di samping 64,800 botol kecil dan tin bir. Arab Saudi mengharamkan sama sekali arak dan mereka yang didapati bersalah menyeludupnya boleh dikenakan hukuman penjara yang lama. - Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/110439#sthash.wB6OS8T3.dpuf

No comments: