Monday 4 July 2016

Halang lelaki penggal isteri




Kaherah: Seorang lelaki berjaya dihalang orang ramai daripada memenggal isterinya di tempat terbuka.
Pada awal video yang tersebar di Internet itu, lelaki terbabit dilihat menghempap isterinya di atas jalan raya dan cuba mengelar leher wanita itu.
Bagaimanapun, sekumpulan lelaki, termasuk jiran mereka menyerangnya.
Seorang daripada mereka dilihat menghampirinya dari belakang dan menendang tengkuknya sebelum seorang lagi melontar bata ke arah kepalanya.
Wanita itu kemudian bangun melarikan diri dan tempat dia terbaring sebelum itu dilihat mempunyai kesan darah.
Pada masa sama puluhan orang menolak suaminya ke dinding dan menghimpitnya sebelum memukulnya dengan pelbagai objek.
Video itu dimuat naik ke LiveLeak Jumaat lalu dilaporkan dirakam di Mesir.
Menurut laporan, wanita itu terselamat.

- Agensi/Metro

No comments: