Friday 1 July 2016

Nafi rusa diburu di Tasik kenyir


Kuala Terengganu: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Terengganu menafikan dakwaan kononnya gambar menunjukkan 10 ekor rusa diburu sekumpulan pemburu diviralkan di media sosial itu berlaku di Hutan Simpan Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.

Gambar itu menunjukkan seramai lapan orang dipercayai pemburu bersama dengan hasil buruan masing-masing iaitu 10 rusa bersaiz kecil dan besar siap disembelih diatur di hadapan mereka dengan berlatar belakangkan alur sungai kecil dan kawasan hutan.

Pengarah PERHILITAN Terengganu Mohd Hasdi Husin berkata, kejadian itu tidak berlaku di Tasik Kenyir atau di mana-mana kawasan di negeri itu.
Bagaimanapun, pihaknya akan tetap menjalankan siasatan secara menyeluruh mengenai gambar yang viral di laman sosial itu.

“Kami menyediakan dua kumpulan peronda PERHILITAN yang bertanggungjawab menjalankan rondaan 24 jam di kawasan hutan termasuk di Taman Negara Tasik Kenyir,” katanya.

-Metro

No comments: