Tuesday 5 July 2016

Sebulan penyepit dalam lengan

KAYU penyepit yang terbenam di dalam lengan Zeng.

Beijing: Seorang lelaki dari Xiamen baru-baru ini mendapati sisa kayu penyepit terbenam di dalam lengannya selama lebih sebulan selepas digunakan untuk cuba membuka botol bir.

Taihainet melaporkan, lelaki bernama Zeng itu cedera secara tidak sengaja ketika keluar minum bersama rakannya apabila lengannya tertusuk kayu penyepit.

Zeng yang ketika itu mabuk mengeluarkan sebahagian kayu penyepit berkenaan dari lengannya tanpa menyedari sebahagian kayu itu tertinggal di dalam.
Zeng mencuci lukanya dan menganggap tiada masalah. Bagaimanapun, selepas beberapa hari lengannya mula membengkak dan bernanah.
Apabila keadaannya semakin teruk, Zeng memutuskan mendapat rawatan di hospital.

Doktor yang memeriksanya terkejut apabila mendapati serpihan kayu penyepit sepanjang lapan sentimeter terbenam di dalam lengannya.

 - Agensi/Metro

No comments: