Tuesday 26 November 2013

Kanak-kanak 8 tahun janda termuda India


Lucknow: Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun menjadi janda paling muda di India selepas ibu bapanya memfailkan permohonan cerai bagi pihaknya sekali gus mencetuskan perdebatan antara perkahwinan terlarang dan gesaan kerajaan supaya satu siasatan dijalankan ke atasnya. Akhbar Daily Mail melaporkan, kanak-kanak perempuan itu dikahwinkan ketika berusia empat tahun dengan seorang budak lelaki berusia 10 tahun dari perkampungan yang sama di Uttar Pradesh. Bagaimanapun, minggu lalu, empat tahun selepas perkahwinan dilangsungkan, suami kanak-kanak itu yang sudah berusia 14 tahun datang ke rumah keluarga mentuanya untuk membawa isterinya yang kini berusia lapan tahun, pulang ke rumah keluarganya. Timbul kemarahan “Ketika itu, ibu bapa kanak-kanak perempuan terbabit mula menyedari bahawa anak mereka terlalu muda dan meminta suaminya menunggu sehingga dia berusia 18 tahun, sebelum boleh ke rumah keluarga mentuanya. “Permintaan ibu bapa kanak-kanak itu menimbulkan kemarahan kepada keluarga pihak lelaki menyebabkan berlaku pergaduhan dan membuatkan bapa kanak-kanak perempuan itu memfailkan tuntutan cerai bagi pihak anaknya,” lapor akhbar itu. Sementara itu, Suruhanjaya Kebangsaan Bagi Hak Wanita India kini mengambil alih kes itu. -AGENSI/BH

No comments: