Thursday 14 November 2013

Pemandu lori guna taktik lama elak kena saman

Jakarta: Seorang pemandu lori mungkin menyangka dia masih hidup dalam era Indonesia di bawah pemerintahan Presiden Suharto apabila tentera begitu berkuasa dalam politik.

Lelaki terbabit dilaporkan meletakkan sekeping kertas di depan lori berkenaan dengan tertera tulisan: “Jakarta 11/11/2013. Kenderaan ini milik Direktorat Tentera Kem Bekalan di Pulogadung (Jakarta Timur). Kepada pihak berkuasa, terima kasih kerana memahami.”  Notis itu ditandatangani seorang pegawai tentera berpangkat sarjan dan turut memaparkan nombor telefon bimbit dan nombor kad pengenalan tenteranya.
Bagaimanapun, notis itu tidak memberi kesan kepada pihak berkuasa yang menjalankan operasi bersama di Jakarta Timur semalam. Jurucakap polis berkata pemandu terbabit tetap dikenakan saman kerana membawa muatan melebihi had dibenarkan. Katanya, lelaki terbabit menyusun kotak terlalu tinggi dalam lori itu.

 - Agensi /Metro

No comments: