Friday 23 August 2013

Yet Leng kesal tindakan perkecil tugas polis

Kuala Lumpur: Bekas Ketua Polis Perak, Tan Sri Yuen Yet Leng menempelak mereka yang memperkecil serta mempertikaikan tugas polis dalam menyelesaikan kes jenayah di negara ini.

Katanya, tindakan mereka itu termasuk pemimpin pembangkang boleh menganggu siasatan yang sedang dijalankan dan harus diingat bahawa polis sentiasa mengendalikan kes mengikut prosedur standard operasi (SOP) yang betul.

Hentam polis

“Bila kadar jenayah tinggi, mereka (pembangkang) salahkan polis.... cakap polis tak buat kerja. Bila polis cuba selesaikan kes, mereka hentam (polis) juga. Saya sendiri pun tak faham apa yang mereka nak polis buat sebenarnya." Tan Sri Yuen Yet Leng, bekas Ketua Polis Perak

“Bila kadar jenayah tinggi, mereka (pembangkang) salahkan polis.... cakap polis tak buat kerja. Bila polis cuba selesaikan kes, mereka hentam (polis) juga. Saya sendiri pun tak faham apa yang mereka nak polis buat sebenarnya.

“Polis ada cara tersendiri untuk kendalikan kes. Cara mereka komen seolah-oleh mahu ambil alih tugas polis. Jika mereka pandai sangat, apa kata mereka yang buat (kerja polis) daripada minta polis buat kerja,” katanya pada sidang media di rumahnya di Ampang, semalam.

Beliau mengulas tindakan polis menembak mati lima penjenayah di Pulau Pinang Isnin lalu tetapi sesetengah pihak mengaitkan ia sebagai isu kaum.-BH

No comments: