Tuesday 20 August 2013

Mayat wanita tua dalam peti dingin beku

London: Polis semalam menemui mayat seorang wanita tua yang dipercayai mangsa pembunuhan ikhsan dalam peti dingin beku.

Mayat Louise Brough, 90, ditemui oleh polis di flet kediamannya di Portsmouth, Hampshire selepas polis menerima panggilan kecemasan daripada pekerja majlis perbandaran yang bimbang dengan keadaan mangsa terbabit.

Seorang lelaki berusia 53 yang disyaki terbabit dalam pembunuhan itu ditahan polis sebelum dibebaskan kemudian dengan ikat jamin.

Menurut jiran mangsa, wanita itu dan anak lelakinya tinggal di flet yang sama dan mangsa uzur kerana faktor usia.

Jurucakap polis berkata, anggotanya bergegas ke alamat diberikan selepas menerima panggilan daripada seorang pekerja majlis perbandaran yang bimbang dengan keadaan wanita tua berkenaan. “Polis masih menyiasat punca sebenar kematiannya. “Sementara itu, seorang lelaki berusia 53 tahun dari Southsea ditahan kerana disyaki terbabit dalam pembunuhan itu,” katanya. - Agensi/Metro

No comments: