Wednesday 5 August 2015

Kepala bayi tersangkut dalam lubang tandas selepas dilahirkan

BEIJING – Seorang bayi terselamat meskipun ditemui dalam keadaan kepala tersangkut pada lubang tandas selepas dilahirkan oleh ibunya dalam satu kejadian di sebuah tandas awam di sini baru-baru ini.

Bayi malang itu ditemui selepas orang ramai yang mendengar suara tangisan di dalam tandas berkenaan bertindak menghubungi pihak polis bagi mendapatkan bantuan.

Beberapa keping gambar yang dimuat naik di internet menunjukkan seorang anggota polis mengangkat bayi tersebut dari lubang tandas sehingga mencetuskan kemarahan orang ramai.

Polis kini berusaha mengesan bapa dan ibu bayi tersebut yang dipercayai melahirkan anaknya di dalam tandas sebelum meninggalkan bayi berkenaan.

“Bayi itu telah dibawa ke hospital berdekatan di Beijing dan disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan,” kata seorang jurucakap polis. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0805&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3huGnV9va

No comments: