Wednesday 19 August 2015

Oleh wanita, untuk wanita

Umoja: Kampung di Kenya ini menjadi zon larangan lelaki sejak 25 tahun lalu kerana beberapa sebab.
Penduduknya adalah mangsa kekejaman lelaki, termasuk rogol, dikahwinkan secara paksa ketika kanak-kanak dan mangsa keganasan rumah tangga.
Bagaimanapun, sejak 1990, penempatan yang terletak berhampiran Samburu ini dijadikan tempat perlindungan dan sehingga ini masih beroperasi dengan penduduknya kini terdiri daripada 247 wanita dan kanak-kanak.
Seita Lengima, tokoh kanan di pusat perlindungan yang diasaskan oleh 15 wanita yang mendakwa terselamat selepas diperkosa tentera, menegaskan pentingnya kampung itu ketika ia meraikan ulang tahun pembukaannya yang ke-25 baru-baru ini.
“Di luar sana, wanita dikawal oleh lelaki. Mereka tidak menikmati perubahan. Wanita di Umoja mempunyai kebebasan,” kata Seita.
Menurutnya, kebebasan itu membolehkan mereka hidup berdikari dengan penduduknya terbabit dalam perniagaan, termasuk menguruskan sebuah kawasan perkhemahan pelancong berhampiran.
Bagaimanapun, Umoja bukan antilelaki sepenuhnya.
Kampung itu membenarkan pelawat lelaki berkunjung, tetapi mereka tidak boleh menetap terlalu lama.
Antara 15 wanita yang mengasaskan perkampungan itu ialah mangsa pemerkosaan tentera Britain, Rebecca Lolosoli.
Rebecca, dalam kenyataannya kepada wartawan berkata, bukan senang untuk mempertahankan kampung itu kerana ia sentiasa diancam kumpulan lelaki tempatan yang tidak gembira dengan kewujudan kampung itu.
-Metro

No comments: