Thursday 16 November 2017

Kuda pun kena lokap

POLIS bukan saja menahan seekor kuda yang menendang kereta seorang wanita di sebuah bandar di Brazil, malah memasukkan haiwan itu ke dalam lokap selepas wanita berkenaan berkeras mahu kuda berkenaan ditahan sehingga dia mendapat bayaran ganti rugi.
Dalam kejadian di bandar Nossa Senhora Aparecida, timur laut Brazil, Ahad lalu, kuda itu ditahan dalam lokap selama 24 jam.
Pemilik kuda itu, William dos Santos berkata, penahanan haiwan itu sesuatu yang mengarut dan melampau.
“Apabila ke balai polis, saya terkejut melihat kuda itu ditahan dalam lokap seperti penjenayah biasa,” katanya.
Pemilik kuda itu berkata, ketika rakannya menunggang membawa kuda itu bersiar-siar, haiwan berkenaan menendang kereta terbabit.
“Wanita itu menghubungi polis yang kemudian menahan dan membawa kuda saya ke balai polis.
“Terperanjat saya melihat kuda itu ditahan dalam lokap tanpa diberi makanan dan minum selain tidak boleh bergerak dalam ruang sempit.
“Pada sebelah malam (Ahad) saya membawa makanan namun polis tidak membenarkan saya memberi kuda itu makan,” katanya.
Polis menafikan mereka kuda itu dilayan dengan cara tidak wajar namun William membuat aduan kepada persatuan kebajikan haiwan termpatan.
William kemudian bersetuju membayar ganti rugi kepada wanita terbabit membolehkan kudanya dibebaskan.
Ketua Polis Sergipe, Jonathan Evangelista, yang ditanya Globo TV adakah ia prosedur biasa menahan kuda yang melakukan kesalahan trafik, berkata: “Sudah tentu tidak normal untuk menahan kuda.
“Kami sudah memulakan siasatan untuk mengetahui apa sebenarnya berlaku.” - 

DM/Metro

No comments: