Thursday 16 November 2017

Alahai durian : Musang King cecah RM800 1kg

Seremban: Permintaan tinggi terhadap durian Musang King (D197) menyebabkan harga raja buah terbabit melonjakkan sehingga mencecah RM800 sekilogram di luar negara.
Ia berikutan buah berkenaan mendapat sambutan baik terutama dari China, Singapura, Hong Kong dan Australia sekali gus memberi impak kepada harga di pasaran tempatan yang mencecah antara RM60 sehingga RM100 sekilogram.
Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Sembilan Mat Iesak Ngathinee berkata, disebabkan itu pihaknya menggalakkan usahawan menceburi penanaman durian Musang King yang mampu memberi pulangan lumayan selain menjana hasil baik sama ada untuk pasaran tempatan mahupun luar negara.
“Jabatan yang mencari mereka berminat untuk mengusahakan penanaman itu dengan sasaran 50 peserta membabitkan keluasan satu hektar tanah bagi setiap seorang bermula tahun depan.
“Peserta yang berminat perlu berhubung dengan pegawai pertanian di daerah masing-masing untuk mendapatkan maklumat lanjut. Kami akan membantu daripada segi baja dan khidmat nasihat,” katanya selepas program Hari Ladang Peringkat Daerah Seremban di Balai Raya Kampung Gebok, di sini, kelmarin.
Majlis itu dirasmikan Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Chong Sin Woon.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kemudahan Awam, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri Datuk Abu Ubaidah Redza.

-Metro

No comments: