Monday 6 November 2017

Alahai dunia : Kejam, hilang sifat manusia



AMAT kejam sebagai manusia apabila seorang lelaki di pinggir New Delhi, India, tergamak memperkosa budak berusia 18 bulan yang masih boleh dianggap bayi, malah melakukan perbuatan terkutuk itu disaksikan dua anaknya berusia dua dan empat tahun.
Lelaki itu yang sudah ditahan polis semalam, menghadapi dakwaan mengikut Akta Kesalahan Seksual Perlindungan Kanak-Kanak yang membawa hukuman penjara seumur hidup.
Dalam kejadian Rabu lalu, mangsa bermain dengan dua anak lelaki itu di luar rumah yang juga jirannya, apabila dia dibawa masuk ke dalam rumah oleh lelaki berkenaan.
Lelaki berkenaan memperkosa kanak-kanak itu disaksikan dia anaknya.
Mangsa kini dirawat di sebuah hospital di New Delhi selepas ditemui ditinggalkan di luar rumahnya dalam keadaan menahan sakit dan berdarah oleh ibunya.
Pengarah Suruhanjaya Wanita di New Delhi, Swati Maliwal, yang melawat mangsa di hospital berkata, kanak-kanak itu stabil selepas menjalani pembedahan.
“Kanak-kanak malang itu tidak bercakap, hanya terbaring,” katanya.
Kejadian itu memburukkan lagi rekod jenayah seksual di India.
Menurut Biro Rekod Jenayah Kebangsaan India, pada 2015, hampir 11,000 kes kanak-kanak dirogol yang dilaporkan dengan kira-kira tiga kanak-kanak dirogol di New Delhi setiap hari.

-Metro

No comments: