Bagaimanapun, menurut Adams, apa yang menarik minatnya ialah apabila Gandhi membuat keputusan untuk menjadi seorang yang suci.
Gandhi: Naked Ambition yang ditulis oleh ahli sejarah Britain, Jad Adams mendedahkan penemuan baru tentang pemimpin rohaniah dan hero kemerdekaan India yang mengamalkan hidup bersederhana dan menolak keduniaan sebagai sebahagian daripada imej popularnya.
Image result for gandhiBuku ini dikeluarkan di Britain dan boleh diperolehi di India tidak lama lagi, yang bakal memberi tamparan ke atas negara ini di mana imej Gandhi sangat dilindungi dan merupakan maruah kebangsaan.
Kehidupan seks Gandhi tidak diketahui umum. Beliau pernah menulis menyatakan rasa jijik melakukan hubungan seks bersama isterinya Kasturba, 15, apabila ayahnya meninggal dunia pada 1885.
Beliau melarang pengikut-pengikutnya walaupun pasangan yang sudah berkahwin daripada melakukan hubungan seks dan menasihati lelaki mandi air sejuk jika berasa ghairah.
Lebih 60 tahun selepas Gandhi meninggal dunia, Adams telah meneliti beratus-ratus tulisan Gandhi dan menemuramah saksi untuk mengetahui kehidupan seks lelaki yang dianggap santo dan bapa bagi negara India.
"Satu benda yang diketahui tentang Gandhi, beliau banyak menulis tentang seks.
"Apabila kami meneliti kehidupan seksnya, beliau mempunyai kelakuan seks yang normal dalam fasa pertama kehidupannya, sama seperti semua orang di dunia ini.
"Dia berkahwin dan mempunyai empat orang anak," kata Adams kepada AFP melalui panggilan telefon dari kediamannya di London.
Image result for gandhi
Enam tahun kemudian, beliau bersumpah dan mengamalkannya.
Namun, di sebalik imej alim agama Hindu, beliau sering mandi bersama wanita muda, melakukan urutan bogel dan selalu tidur dengan seorang atau lebih pengikut wanitanya, menurut buku Adams.
Adams berkata, dia tidak mempunyai bukti yang menunjukkan Gandhi melanggar sumpah kesuciannya dengan mana-mana wanita, walaupun dia mentaksirnya dengan cara yang lebih terbatas.
"Dia bercakap tentang penebusan. Bagaimanapun beliau menganggap seks hampir-hampir tidak penting.
"Pada pendapat saya, dia menggunakan wanita ini untuk cuba merangsangnya bagi menguji ketahanannya," kata Adams. - AFP