Mail Online melaporkan, lelaki berusia 48 tahun itu menghidap penyakit skizofrenia dan tanpa sedar menelan paku berke­naan dan bernasib baik ia tidak mencederakan ususnya.
Perkara itu disedari oleh doktor apabila dia dibawa ke hospital dua minggu lepas ekoran muntah berkali-kali dan mengadu sakit perut.
Selepas menjalani pe­me­riksaan, doktor menda­pati ususnya dipenuhi pa­ku sepanjang kira-kira lima sentimeter.
Sejurus selepas itu, pa­sukan doktor bedah membuat keputusan untuk me­ngeluarkan kesemua paku tersebut menggunakan mag­net.
Dr. Siddhartha Biswas berkata, pembedahan ter­sebut berlangsung selama hampir dua jam dan berat kesemua paku tersebut adalah 1.3 kilogram.
“Kesemua paku itu tajam namun lelaki tersebut bernasib baik kerana ususnya tidak cedera.
“Kami membuat bela­h­an sepanjang 10 senti­meter pada perutnya dan menggunakan magnet un­-
tuk menarik keluar kese­mua paku tersebut dan kami juga menemukan tanah dalam ususnya,” katanya.
Akhbar The Times of India melaporkan lelaki itu mempunyai masalah mental dan kini dalam keadaan stabil.