Tuesday 3 January 2017

Mangsa 'buaya terkejut' ketika swafoto

Bangkok: Akibat mahu bergambar dengan buaya, seorang pelancong wanita warga Perancis cedera digigit reptilia itu di sebuah taman negara di Thailand.
Dalam kejadian di Taman Negara Khao Yai berhampiran Bangkok, tengah hari semalam, wanita berusia 47 tahun itu dan suaminya terlihat seekor buaya di tepi sungai dan memutuskan untuk berswafoto dengan haiwan itu.
Menurut renjer taman itu, wanita berkenaan menghampiri buaya itu dan ketika mahu merakam gambar, haiwan itu mungkin terkejut lalu menggigit kakinya.
Renjer itu berkata, ada dua buaya di taman itu yang popular dengan trek dalam hutan serta air terjun dan dan papan tanda amaran dipasang bagi memberi amaran kepada pengunjung supaya jangan menghampiri buaya berkenaan.
“Wanita itu bernasib baik hanya cedera di kaki kerana dia mungkin mati dibaham buaya berkenaan,” katanya.

-Metro

No comments: