Tuesday 3 January 2017

Kejam..main sumbat saja


Ceuta, Sepanyol: Polis Sepanyol menahan lelaki dan wanita warga Maghribi selepas cuba menyeludup pelarian ke daerah ini dalam dua tangkapan berasingan pada semalam dan Jumaat lalu.
Tangkapan pertama pada semalam menyaksikan dua pelarian Guinea ditemui di dalam ruangan khas dalam kereta yang diubahsuai.
Pelarian terdiri daripada lelaki dan wanita itu diberi rawatan kecemasan selepas sesak nafas berikutan terpaksa bersembunyi di ruang sempit di dalam kereta.
Dalam tangkapan kedua, lelaki Afrika ditemui di dalam bagasi dibawa wanita Maghribi berusia 22 tahun.
Lelaki itu disumbat dalam bagasi dan diberikan rawatan selepas ditemui.

-Metro

No comments: