Wednesday 4 January 2017

CCTV rakam gambar hantu

Madrid : Satu bentuk seperti hantu dirakam kamera CCTV yang menunjukkan ia berjalan di belakang dua orang.
Rakaman itu menunjukkan bentuk berkenaan berwarna putih seperti terapung rapat di belakang pasangan itu yang berjalan di laman menuju masuk rumah mereka.
Keluarga berkenaan berkata, mereka memasang kamera keselamatan kerana merasakan kehadiran hantu dalam kehidupan mereka dan mahu memastikan sama ada rumah mereka berhantu.
Selepas melihat rakaman itu, keluarga itu berkata, keyakinan mereka terbukti.
Video itu dimuat naik ke YouTube pada 30 Disember lalu dengan sarikata dalam bahasa Sepanyol.
Bagaimanapun, ia tidak menyebut tempat ia dirakam.
Orang yang bertanggung- jawab memuat naik video itu menulis: “Bayangkan berjalan tanpa menyedari ada orang mengejar kamu. Ini yang berlaku.
“Kamera keselamatan dipasang beberapa hari lalu untuk merakam bukti bagi mengesahkan kepercayaan keluarga yang tinggal di rumah itu.”
Video berkenaan ditonton lebih 100,000 kali tetapi sebahagian penonton tidak percaya imej itu hantu.
Seorang pengguna menulis: “Ia imbasan lensa kamera, tidak ada kena mengena dengan hantu.”
Seorang lagi menambah: “Saya merasakan ia satu kesilapan. Ia bayangan orang yang berbaju putih. Bentuknya sama.” 

- Agensi/Metro

No comments: