Thursday 4 December 2014

100 otak hilang

Austin: Universiti Texas di sini kehilangan 100 otak manusia dalam simpanannya. Jumlah itu adalah kira-kira separuh daripada koleksi spesimen otak yang disimpan dalam botol berisi formaldehid.

Satu daripada otak yang hilang itu dipercayai milik Charles Whitman, pelajar kejuruteraan dan juga bekas anggota Marin Amerika Syarikat yang menembak mati 16 orang dan mencederakan 32 yang lain di Austin pada 1 Ogos 1966.

Tidak ada siapa tahu apa yang berlaku pada spesimen berkenaan tetapi tanda-tanda awal menunjukkan ia mungkin berpunca daripada perbuatan pelajar.

Profesor psikologi yang juga kurator bersama Tim Schallert berkata: “Kami percaya ada orang yang mengambil otak itu tetapi setakat ini tidak pasti siapa.”

Hospital Austin menyerahkan otak kepada universiti itu sejak 28 tahun lalu. Meskipun maklumat mengenai pemilik otak itu tidak disertakan pada koleksi berkenaan, Schallert berkata, otak Whitman mungkin satu daripada yang hilang.

- Agensi - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/13812#sthash.7IYPTK0O.dpuf

No comments: