Monday 8 January 2018

Anak disewa kumpulan pencuri



DUA budak perempuan berusia lima dan lapan tahun daerah Dao, wilayah Hunan, China, disewakan ibu bapa mereka kepada kumpulan penjenayah untuk bekerja sebagai pencuri.
Kanak-kanak itu, Wang, 8, dan He, 5, ditugaskan mencuri di pusat beli-belah sekitar Shanghai antara Mac hingga Mei 2016 sebelum mereka ditahan polis awal 2017.
Timbalan Pendakwaraya Gao Bin memberitahu Mahkamah Rakyat Daerah Qingpu, Shanghai, ibu bapa kanak-kanak terbabit menerima bayaran 50,000 yuan (RM30,827) setahun.
Daily Mail yang memetik portal berita Kan Kan News, melaporkan polis turut menahan empat orang dewasa, termasuk dua beradik perempuan dikenali dengan nama keluarga Song yang mengetuai kumpulan mengarahkan kanak-kanak berkenaan mencuri.


Kumpulan terbabit menggunakan kanak-kanak untuk mencuri wang dan telefon bimbit.
Siasatan mendapati Wang dan He adalah kanak-kanak yang ditinggalkan yang bermaksud ibu bapa mereka bekerja di kawasan lain manakala anak ditinggalkan bersama saudara-mara atau rakan.
Mahkamah melucutkan hak jagaan ibu bapa mereka dan dua kanak-kanak itu diserah kepada agensi kebajikan. Mereka dihantar pulang ke Hunan untuk memasuki sekolah.
Dua beradik perempuan yang mengetuai kumpulan terbabit, dihukum penjara tiga tahun enam bulan serta denda 10,000 yuan (RM6,165).

-Metro

No comments: