Wednesday 28 January 2015

‘Cicak’ godam Facebook

Seoul: Facebook (FB) mengisytiharkan mengalami gangguan perkhidmatan hingga sejam semalam, mengakibatkan tapak media sosial itu tidak boleh diakses pengguna di seluruh dunia.

Gangguan yang dilaporkan berlaku di Asia, Amerika Syarikat, Australia dan United Kingdom itu menjejaskan capaian yang dibuat menerusi komputer dan aplikasi mudah alih FB. Selain itu, perkhidmatan media sosial itu, Instagram turut terjejas.

Menurut kenyataan FB, gangguan itu disebabkan perubahan teknikal yang dibuat pada tapak web dan bukan disebabkan serangan siber. googletag.display('div-gpt-ad-1406187945380-0');“Ia disebabkan masalah teknikal daripada pihak kami. Ia tidak mempunyai kaitan dengan Lizard Squad, Snowmageddon atau lain-lain,” katanya.

Bagaimanapun, Lizard Squad, kumpulan yang sering menggodam laman sesawang terkemuka mengaku bertanggungjawab ke atas gangguan terbabit menerusi kenyataannya dalam Twitter.

Perkhidmatan sementara yang terganggu itu berkemungkinan adalah gangguan FB paling besar sejak 24 September 2010 apabila laman sesawang itu tidak boleh diakses sekurang-kurang 150 minit. Menurut kenyataan itu lagi, pengguna tidak boleh memasuki FB sekurang-kurang 50 minit. Di laman sesawang untuk pemaju pula, gangguan utama berlangsung hingga sejam.

Dianggarkan FB mempunyai sekurang-kurang 1.35 bilion pengguna aktif dan Instagram sekurang-kurang 300 juta. Ia membuatkan isu mengenai gangguan FB tersebar meluas menerusi saingannya di media sosial, Twitter dengan hashtag “Facebookdown” hingga menjadi trend.

Kejadian itu berlaku sebelum FB mendedahkan pendapatan setiap sukunya pada hari ini. Sebaik capaian boleh dilakukan dalam laman sesawang berkenaan, pengguna mendakwa tapak itu tidak menawarkan fungsi penuh.

Lizard Squard Isnin lalu mengaku bertanggungjawab menyerang laman sesawang Syarikat Penerbangan Malaysia dan berkata akan menyebarkan data dari syarikat berkenaan. Kumpulan itu sehingga kini telah mengaku bertanggungjawab dalam pelbagai serangan sepanjang tahun lalu dan kebanyakannya disasarkan kepada syarikat perjudian atau media.

- AP - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/26715#sthash.MkEWGu4Z.dpuf

No comments: