Thursday 17 April 2014

MB enggan patuh arahan ketua pulangkan Bible


Shah Alam: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim enggan mematuhi arahan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya memulangkan Bible bahasa Melayu yang dirampas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada awal Januari lalu kepada Persatuan Bible Malaysia (PBM).

Menteri Besar Selangor berkata, tindakan itu berdasarkan nasihat Pegawai Undang-Undang Negeri yang meminta kerajaan negeri tidak melaksanakan sebarang tindakan sehingga mendapat laporan penuh Pejabat Peguam Negara.

“Keputusan sama ada Bible berkenaan dipulangkan atau tidak hanya akan diketahui selepas siasatan Pejabat Peguam Negara selesai,” katanya ketika ditemui di pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini semalam.

Beliau yang diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh bahawa isu rampasan Bible menimbulkan persoalan mengenai kredibilitinya sebagai Menteri Besar, Abdul Khalid berkata, beliau hanya menjalankan tugas.

-BH

No comments: