Kuala Lumpur: Idola pengebom Maraton Boston, dipantau Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana dipercayai merekrut lima warga asing menjadi anggota Al-Qaeda termasuk tiga pelajar di sebuah kolej swasta, di Petaling Jaya sejak 2007. Feiz Mohamad An-Nachar pernah
Pengarah Jabatan Pasukan Petugas Khas (Operasi/Kaunter Anti Pengganas) Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun, berkata lima rakyat asing itu masing-masing dua warga Yemen, dua warga United Kingdom dan seorang warga Australia ditahan selepas dipercayai mempunyai kaitan dengan rangkaian Al-Qaeda dan pernah mengikuti syarahan Feiz, 43, yang diadakan di Institut Al-Khadeem di Petaling Jaya.
Beliau berkata, pengebom yang dikenali sebagai Tamerlan A Tsarnaev, 26, dipercayai telah terpengaruh dengan fahaman jihad Feiz Mohammad menerusi laman web sejak beberapa tahun lalu.
Syarahan fahaman militan
Kebanyakan kandungan artikel dalam laman web ini memuat turun syarahan mengenai fahaman militan Anwar Al-Awlaki, Ketua Media Al-Qaeda yang terbunuh pada 2011.
Tamerlan bagaimanapun maut ditembak, manakala suspek pengebom kedua adiknya, Dzhokhar, 19 disoal siasat pihak berkuasa Amerika Syarikat dan mengalami kecederaan di leher, katanya ketika dihubungi BH di sini semalam.
BH pada 16 April lalu melaporkan sembilan rakyat Malaysia yang menyertai Maraton Boston di Massachusetts, Amerika Syarikat, selamat dari tragedi pengeboman yang mengorbankan tiga nyawa, manakala lebih 170 individu cedera.
Difahamkan, hasil siasatan ke atas komputer milik Tamerlan mendapati suspek pernah melayari laman web Feiz sejak beberapa tahun lalu.
PDRM telah memantau kegiatan rakyat Australia berketurunan Lebanon itu selepas beliau masuk ke negara ini menggunakan permit pelajar untuk menyambung pengajian di Universiti Malaya pada 2007.
Sebelum itu, Feiz pernah menuntut dalam bidang perundangan Islam di universiti Madinah Arab Saudi.
Beliau bersama isteri pertamanya dan lima orang anak menetap di Teras Jernang, Bangi.
Pemantauan itu dilakukan selepas pihak berkuasa menerima maklumat individu itu adalah pengasas Pusat Belia Islam Antarabangsa (GIYC) antara tahun 2000 hingga 2005, merekrut anggota baru Al-Qaeda dan mempunyai ramai pengikut pada peringkat antarabangsa.-BH
Pengarah Jabatan Pasukan Petugas Khas (Operasi/Kaunter Anti Pengganas) Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun, berkata lima rakyat asing itu masing-masing dua warga Yemen, dua warga United Kingdom dan seorang warga Australia ditahan selepas dipercayai mempunyai kaitan dengan rangkaian Al-Qaeda dan pernah mengikuti syarahan Feiz, 43, yang diadakan di Institut Al-Khadeem di Petaling Jaya.
Syarahan fahaman militan
Kebanyakan kandungan artikel dalam laman web ini memuat turun syarahan mengenai fahaman militan Anwar Al-Awlaki, Ketua Media Al-Qaeda yang terbunuh pada 2011.
Tamerlan bagaimanapun maut ditembak, manakala suspek pengebom kedua adiknya, Dzhokhar, 19 disoal siasat pihak berkuasa Amerika Syarikat dan mengalami kecederaan di leher, katanya ketika dihubungi BH di sini semalam.
BH pada 16 April lalu melaporkan sembilan rakyat Malaysia yang menyertai Maraton Boston di Massachusetts, Amerika Syarikat, selamat dari tragedi pengeboman yang mengorbankan tiga nyawa, manakala lebih 170 individu cedera.
Difahamkan, hasil siasatan ke atas komputer milik Tamerlan mendapati suspek pernah melayari laman web Feiz sejak beberapa tahun lalu.
PDRM telah memantau kegiatan rakyat Australia berketurunan Lebanon itu selepas beliau masuk ke negara ini menggunakan permit pelajar untuk menyambung pengajian di Universiti Malaya pada 2007.
Sebelum itu, Feiz pernah menuntut dalam bidang perundangan Islam di universiti Madinah Arab Saudi.
Beliau bersama isteri pertamanya dan lima orang anak menetap di Teras Jernang, Bangi.
Pemantauan itu dilakukan selepas pihak berkuasa menerima maklumat individu itu adalah pengasas Pusat Belia Islam Antarabangsa (GIYC) antara tahun 2000 hingga 2005, merekrut anggota baru Al-Qaeda dan mempunyai ramai pengikut pada peringkat antarabangsa.-BH
No comments:
Post a Comment