Monday 22 April 2013

Hadi beri sebab pertindihan kerusi di Marang

MARANG - Sikap yang bercanggah dengan fahaman parti dan salah faham di saat-saat akhir sebelum berakhir waktu pencalonan antara punca insiden berlakunya pertindihan kerusi antara rakan pakatan pembangkang, kata Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Jelas calon Parlimen Marang dan Dewan Undangan Negeri (Dun) Ru Rendang ini, Pastidak menentang calon 'kawan-kawan' pada pilihan raya sebaliknya bertindak menurunkan calonnya bertanding di beberapa tempat kerana mahu menyelamatkan parti dan pakatan pembangkang daripada anasir 'syaitan'. "Pas bertindak untuk memelihara keteguhan, bukan sahaja masa pilihan raya, keteguhan oleh Allah supaya syaitan-syaitan tak boleh masuk dalam Pakatan Rakyat," katanya. Ketika berucap pada ceramah Pas di Kampung Tebakang Mukim Alor Limbat di sini lewat malam tadi, Abdul Hadi berkata pimpinan Pas akan mengadakan satu sidang media mengenai isu ini di Pejaba tPas Pusat hari ini untuk mencari jalan penyelesaian. "Tetapi kalau ada calon yang kita khuatiri (calon) tangkap muat hingga menyebabkan pelbagai kemungkinan boleh berlaku, maka Pas mesti bertindak. "Di Johor berlaku pertindihan sebabnya kita tunggu rakan kita (PKR) lambat tiba masuk nama calon. Sikit lagi nak tamat, tak mari-mari maka kita siap sedia takut BN (Barisan Nasional) menang tak bertanding. Bila Pas masuk barulah dia masuk," katanya. Abdul Hadi mendakwa pihaknya turut mendapat maklumat ada calon-calon tertentu membuat kerja 'haram' dan mempunyai 'fahaman' yang bertentangan dengan pakatan pembangkang. "Ada calon-calon yang kita khuatir berdasarkan maklumat adalah tukang jual pil kuda. Nak jadi calon macam mana? Malah ada calon yang menjulang gambar (Vladimir) Lenin, (Joseph) Stalin dan Karl Marx letak di markas. Orang Pas tidak boleh kerja dengan calon macam ini," katanya yang merujuk individu menganut fahaman komunis tetapi beliau tidak mendedahkan orang berkenaan.- Bernama/Sinar

No comments: