Thursday 25 April 2013

35 pengganas Sulu ditembak mati

GEORGE TOWN- Cubaan 35 pengganas Sulu menceroboh perairan Sabah digagalkan Tentera Laut Filipina dan Pasukan Pengawal Pantai yang berjaya menembak mati kesemuanya dalam pertempuran di Pulau Sibutu dekat Tawi-tawi kelmarin.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kumpulan itu dipercayai ada kaitan dengan pengganas Kiram yang menceroboh Sabah sebelum ini.

Menurut beliau, kejayaan tentera Filipina menyekat masuk kumpulan tersebut bukti kerjasama kedua-dua negara mengekang keganasan.

Katanya, kumpulan pengganas berkenaan juga akan menerima nasib yang sama kerana pasukan keselamatan negara akan menggempur habis-habisan.

"Kita mengucapkan terima kasih kepada Filipina yang mengambil langkah awal,"katanya pada sidang akhbar pada Majlis Ramah Mesra di Kem Tun Razak di sini hari ini. - KOSMO!

No comments: