Sunday 20 January 2013

Mayat hampir reput ditemui di Bentong

BENTONG — Mayat seorang lelaki yang dipercayai mati dibunuh ditemui dalam keadaan hampir reput di kawasan semak di Batu 16 Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong, dekat sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supt. Mohamad Mansor Mohd. Nor berkata, mayat itu ditemui orang awam yang hendak membuang air di kawasan itu pada 3.45 petang.
"Mayat berkenaan yang hampir reput itu kehilangan beberapa anggota badan antaranya kedua-dua kaki dari bahagian tapak kaki hingga ke paha," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mohamad Mansor berkata, berdasarkan siasatan awal, lelaki itu dipercayai dibunuh lebih empat hari lalu di tempat lain sebelum mayatnya dicampak di kawasan semak itu.— BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0120&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_05.htm#ixzz2IWQEWu3D

No comments: