Wednesday 11 July 2012


Hidayah Abdus Salam
Susunan SITI AINIZA KAMSARI
Clinton Sipes atau nama Islamnya, Abdus Salam pernah menyertai Kumpulan Klu Klax Klan (KKK).

SEJAK kecil Clinton Sipes hidup dalam atmosfera kekerasan yang berpunca daripada keluarganya sendiri. Terutama menjadi mangsa kekerasan fizikal dan sikap berang bapanya yang merupakan seorang kaki botol.
Suasana ini menjadikan Sipes membesar sebagai seorang remaja yang bermasalah, anti sosial, kaki gaduh, terutama dengan abangnya, rakan-rakan sekelasnya, guru sekolah bahkan juga terhadap haiwan.
Kebanyakan kekerasan yang dilakukan oleh Sipes itu memasuki tahap kejam dan sangat sadis.
Sipes hanya suka berkawan dengan geng-geng budak jahat, yang juga bermasalah sepertinya dengan kegemaran mereka iaitu minum arak, mengambil dadah, melakukan pelbagai jenayah gangsterisme dan bersikap sangat rasis.
Seawal usia 13 tahun, Sipes sudah mula menjadi penghuni lokap dan penjara yang sama sekali tidak membuatkan remaja ini serik.
Di pusat pemulihan, Sipes semakin cenderung melakukan pelbagai kekerasan dan sifat perkauman yang semakin menebal. Beliau sangat benci mereka yang berkulit hitam, bangsa Yahudi, Asia dan golongan birokrat.
Seusai bebas dari pusat itu, Sipes umpama bom jangka yang menunggu masa untuk meledak.
Bagi menyalurkan niat jahatnya itu, Sipes menyertai kumpulan-kumpulan yang rasis dan mereka sering melakukan 'operasi penyerangan' terhadap kelompok-kelompok etnik tertentu dan melakukan pelbagai jenayah lain.
Sehinggalah pada usianya 16 tahun, sekali lagi Sipes disumbat ke penjara di California. Dalam usia remaja itu beliau dijatuhi hukuman penjara enam tahun enam bulan atas kesalahan merompak dan memiliki senjata api secara haram.
Namun dalam penjara itu lebih banyak perkara negatif yang dipelajarinya. Sipes bergabung dengan kumpulan yang menggelarkan diri mereka 'Warga Kulit Putih Ulung' yang membenci semua orang yang bukan daripada keturunan 'Anglo Saxon'.
Ini membolehkan Sipes mempunyai jalinan hubungan dengan pertubuhan pelampau yang paling rasis, iaitu Kumpulan Klu Klax Klan (KKK) atau White Racial Brotherhood (Kumpulan Perkauman Kulit Putih) bagi membolehkan Sipes meminta dirinya dibebaskan dengan jaminan KKK.
Sipes semakin aktif dengan kegiatan KKK selama hampir empat tahun.
Beliau sering melakukan kekacauan di malam hari dengan melakukan serangan-serangan atas nama perkauman dan merosakkan harta benda awam yang menyebabkan beliau sering keluar masuk penjara sehinggalah usianya memasuki 20 tahun.
Acap kali menjadi buruan polis dan diberi layanan buruk menyedarkan Sipes, seterusnya melahirkan bibit-bibit penyesalan atas segala perlakuan yang dilakukan selama ini.
Sipes mula merindukan kedamaian jiwa. Tidak ada sudahnya beliau menjadi jahat jika ia sedikitpun tidak menjanjikan kedamaian, apatah lagi kebahagiaan dalaman. Perasaan marah dan benci pada diri mulai menguasai dirinya.
Tekanan itu menjadikan dia sering terjaga pada lewat malam di dalam penjara mengenangkan nasib dirinya.
Waktu-waktu bersendirian di dalam penjara itu membolehkan beliau merenung kembali masa lalu dan segala kejahatan yang dilakukannya.
"Penyesalan itu terus membuak-buak, lebih-lebih selepas kelahiran anak perempuan saya.
"Saya mulai memikirkan soal masa depan, soal jiwa yang terkorban akibat daripada kejahatan yang saya lakukan selama ini.
"Saya dapat menggambarkan bagaimana sisa hidup saya yang akan berakhir di penjara kelak. Sudah tentunya gelap gelita. Pada masa yang sama, terlintas di hati, sesuatu perlu dilakukan.
"Jelas sekali, jika saya memilih keburukan, maka saya tidak akan punya masa depan. Keluarga saya, ibu, abang, mereka semua akan takut kepada saya, sekali gus menjauhkan diri daripada saya," katanya yang ingin mencintai dan dicintai seperti mana yang diinginkan oleh semua orang.
Setelah tamat tempoh tahanan dan dibebaskan, Sipes mula melibatkan diri dengan organisasi hak asasi terutama agensi yang memberi perlindungan kepada kanak-kanak yang teraniaya dan bermasalah sosial seperti dirinya dahulu.
Beliau membantu menyelesaikan kanak-kanak dan remaja yang bermasalah namun takdir menentukan beliau terpaksa disumbat ke dalam penjara untuk sekian kalinya atas kesalahan memiliki bahan-bahan peledak atau bom.
Kali ini di sebuah penjara Persekutuan, Sipes berpeluang berjumpa dan berkenalan dengan seorang muslim Amerika keturunan Afrika yang bertugas membantu para tahanan Muslim yang memerlukan bantuan.
Daripada warga Muslim inilah muncul keinginan Sipes untuk mengenali Islam.
Sebelum ini beliau menganggap bahawa Islam itu adalah agama yang eksklusif untuk warga Amerika yang berketurunan Afrika sahaja.
Sebagai warga kulit putih, Sipes menolak agama Islam.
Meskipun demikian, Sipes tetap bertanyakan pelbagai perkara mengenai Islam dan mula berfikir secara positif mengenai Islam apabila mendapati ajarannya adalah untuk seluruh manusia, universal tanpa memilih warna kulit, kaum dan etnik.
"Saya mula tertarik, bagi saya Islam mempunyai ajaran yang sangat benar dan murni," katanya.
Sipes kemudiannya diajak melihat sendiri tahanan-tahanan solat berjemaah dan beliau juga diberikan senaskhah al-Quran terjemahan untuk beliau baca dan kaji.
Apabila membacanya, Sipes mula mengakui sepenuhnya kebenaran dan kemurniaan ajaran yang tertulis di dalam al-Quran itu.

No comments: