Thursday 14 May 2020

Fesyen rambut ala koronavirus

FESYEN dinamakan ‘The Coronavirus’. FOTO Agensi

Agensi

NAIROBI: Sebuah salun di Kibera, perkampungan terbesar di Kenya memperkenalkan fesyen rambut ala koronavirus.

Fesyen dinamakan The Coronavirus itu menampilkan beberapa ikatan pada rambut menyerupai bentuk Covid-19 yang dilihat di bawah mikroskop.

Oddity Central melaporkan, trend itu antara lain memberi pendapatan kepada salun ketika banyak perniagaan lain di negara itu terpaksa ditutup.

Ia selepas langkah kerajaan negara itu yang meminta semua rakyatnya berada di rumah.

Salah satu pengusaha salun terbabit berkata, tiga pekerjanya sedia membuat fesyen rambut itu kepada pelanggan.

"Rambut pelanggan diikat kepada beberapa bahagian kemudian dipusing dan mengikat satu persatu sehingga ikatan rambut menjadi tegak dan melawan graviti.

"(Gaya ini) sangat ringkas dan murah untuk dilakukan pada setiap orang," kata seorang pendandan rambut, Diana Andayi.

Selain itu, harga dikenakan kepada pelanggan cukup murah iaitu AS$1 (RM4.34).

Setakat ini, Kenya merekodkan 649 kes positif Covid-19 dengan 30 kematian.


-Metro Khamis

No comments: