Thursday 25 January 2018

Unta pun guna 'botox'



DUA BELAS unta dibatalkan penyertaan dalam pertandingan kecantikan tahunan haiwan itu di Arab Saudi yang menawarkan hadiah keseluruhan $57 juta selepas penganjur mendapati ia menggunakan botox.
Berikutan itu, haiwan terbabit dikeluarkan daripada Festival Unta Raja Abdulaziz dekat Riyadh kerana melanggar syarat pertandingan.\
Menurut Daily Mail, hadiah yang mahal untuk festival 28 hari itu menyebabkan ada peserta yang cuba menipu menyebabkan penganjur menggariskan peraturan baru tahun lalu.
“Unta yang dikesan mempunyai kesan dadah pada bibir, dicukur, diwarnakan di sebarang bahagian atau diubah bentuk asalnya tidak dibenarkan,” kata peraturan itu.
Selain unta cantik, haiwan itu turut dipertandingkan dalam dalam kategori lain, termasuk lumba lari, mematuhi arahan, seni dandanan rambut dan gambar tercantik.
Ketua hakim pertandingan itu, Fawzan al-Madi, memberitahu Reuters: “Unta ialah simbol Arab Saudi.”

-Metro

No comments: