Wednesday 24 January 2018

Kahwin dengan hantu lanun

Kahwin dengan hantu lanun
               Amanda berkahwin dengan hantu lanun bergelar Jack Teague dari abad ke-18.


BELFAST - Wanita dari Ireland Utara ini mengahwini hantu berusia 300 tahun selepas dia berputus asa mencari lelaki sempurna untuk menjadi pasangannya.

Amanda Teague, 45, dari Downpatrick mendakwa dia menemui cintanya, hantu lanun Haiti, Jack Teague dari abad ke-18 yang kini sah bergelar suaminya.

Menurutnya, hubunganmereka bermula pada 2014 ketika dia sedang berbaring dan merasa 'tenaga' di sisinya.

Sejak itu, roh tersebut sering menemaninya menonton televisyen dan memandu kereta yang mana mereka mula mengenali antara satu sama lain.

"Saya dapat rasa perasaan yang kuat terhadapnya. Kami menjadi sangat rapat dan lama kelamaan saya mula menyukainya," ujarnya.

Mereka akhirnya mengikat tali cinta dengan roh tersebut selepas Amanda berjaya mendapatkan pendaftar dan berkahwin di tengah perairan antarabangsa.  

Wanita yang sering menjadi penghibur pengajuk watak Kapten Jack Sparrow dalam filem Pirates of the Caribbean itu turut menggunakan medium spiritual di majlis perkahwinan mereka untuk membolehkan Jack melafazkan 'I do'.

"Saya amat gembira. Dia adalah teman sejiwa saya dan ia adalah hubungan yang sangat sempurna. Ramai tidak tahu tentang hubungan spiritual ini dan ia mungkin pasangan sesuai untuk mereka," katanya. 

- The Sun/Sinar

No comments: