Thursday 18 January 2018

Aghh... 'Anu' aku!



BUAH zakar kiri seorang lelaki putus akibat digigit anjing ketika dia cuba menyelamatkan wanita diserang dua anjing di Iasi, Romania, kelmarin.
Lelaki berusia 47 tahun itu bersama seorang lagi lelaki berusaha menyelamatkan wanita 22 tahun yang diserang dua anjing jenis American Staffordshire Terriers yang terlepas dari laman sebuah rumah.
Menurut laporan Daily Mail yang memetik stirileprotv.com, seorang daripada lelaki itu cuba melawan anjing terbabit menggunakan batang penyapu manakala wanita yang diserang sebelum itu, melarikan diri dengan kot terkoyak.
Seekor anjing itu menggigit bahagian sulit lelaki 47 tahun itu menyebabkan buah zakarnya putus. Lelaki seorang lagi yang berusia 66 tahun digigit tangan.
Pasukan paramedik yang tiba merawat semua mangsa termasuk wanita itu yang cedera di tangan dan kaki namun lelaki 47 tahun itu dikejarkan ke hospital dengan pasukan pembedahan sudah bersiap sedia.
Menurut laporan itu yang memetik pakar bedah Dr Bogdan Novac, gigitan pada buah zakar lelaki itu hanya satu sentimeter dari tempat yang boleh membahayakan nyawa.
Dr Bogdan berkata, organ lelaki itu kini berfungsi selepas pembedahan.
Dua anjing terbabit ditangkap pihak berkuasa tempatan selepas ditembak ubat pelali dan
Polis membuka siasatan terhadap pemilik anjing terbabit, seorang wanita 60 tahun yang menghadapi hukuman penjara sehingga tiga tahun jika sabit kesalahan.

-Metro

No comments: