Monday 27 March 2017

Cendawan tumbuh dalam perut wanita


Beijing: Seorang wanita yang sering sakit perut terkejut selepas doktor menemui sejumlah cendawan tumbuh di dalam perutnya.
Wanita berusia 50 tahun itu pada mulanya mendapatkan rawatan di hospital selepas sering sakit perut.
Selepas membuat pemeriksaan, doktor terkejut apabila menemui sejumlah cendawan tumbuh di dalam perut wanita itu hingga menyebabkan organ itu tersumbat.
Doktor percaya cendawan itu tumbuh dalam perut wanita itu kerana dimasak tidak sempurna.
Wanita itu memberitahu doktor, dia sering memasak cendawan kering terus ke dalam kuali tanpa merendamnya terlebih dahulu.
Dia juga tidak mengunyah cendawan itu hingga hancur sebelum menelannya.
Keadaan itu menyebabkan cendawan berkenaan tidak hancur dan mula tumbuh dalam perut wanita berkenaan sehingga menyebabkan dia sakit.
Menurut doktor, cendawan paling panjang yang tumbuh di dalam perut wanita itu berukuran tujuh sentimeter.
Wanita itu kemudian menjalani pembedahan untuk mengeluarkan semua cendawan berkenaan dengan selamat. 

- Agensi/Metro

No comments: