Savjibhai, 54, yang menjalankan perniagaan pengeksportan berlian di bandar Surat mengu­mumkan syarikatnya turut meng­hadiahkan barang kemas kepada pekerja sempena sambutan Dee­pavali.
“Matlamat kami ialah setiap pekerja mesti mempunyai rumah dan kereta sendiri dalam tempoh lima tahun,’’ kata pemilik Hare Krishna Export itu.
Menurut laporan portal The Guardian yang memetik AFP, Savjibhai berkata, hadiah itu juga merupakan pengiktirafan terhadap kecemerlangan dan dedikasi yang ditunjukkan oleh pekerja­nya sejak lima tahun lalu.
Syarikat berkenaan menghabiskan kira-kira 500 juta rupee (RM31.4 juta) di bawah program kesetiaan yang memberi anugerah kepada mana-mana 5,500 pekerjanya.
Bagaimanapun, Savjibhai se­ring menjadi tumpuan kerana memberi hadiah yang mahal kepada pekerjanya sejak 2012 iaitu ketika beliau memberi tiga buah kereta kepada pekerjanya berikutan prestasi kerja yang memberangsangkan.
Beliau yang digelar ketua yang pemurah pernah memberi 491 buah kereta dan 207 rumah pangsa kepada para pekerjanya di bawah program yang sama pada 2014.
Namun mereka yang pernah menerima hadiah tersebut tidak akan disenaraikan lagi dalam pro­gram tersebut.
Syarikat berkenaan merupakan sebuah syarikat utama di hab berlian di Surat, India dan mengeksport permata tersebut ke 75 negara.
Di India kebanyakan pekerja akan menerima hadiah daripada majikan masing-masing sempena sambutan Deepavali namun lazimnya menerima kotak gula-gula.
-Utusan