Menurut portal Mail Online, Spi­ridonov yang menderita pe­nyakit Werdnig-Hoffman, secara sukarela mahu menjadi bahan uji kaji kepada pakar bedah dari Itali, Sergio Canavero walaupun me­­nyedari risiko yang bakal dihada­pinya.
Spiridonov berkata, pakar bedah otak yang diberi jolokan ‘Dr. Frankenstein’ itu akan menjelas­kan tentang perkembangan terbaharu serta pelan yang telah dite­tapkan bagi menjalani prosedur ter­sebut.
Saintis komputer berusia 31 tahun itu bersedia meletakkan­ kepercayaan penuh kepada pakar bedah kontroversi yang men­dakwa mampu memindahkan ke­pa­lanya ke tubuh manusia lain yang lebih sihat.
Spiridonov berkata, kesihatannya kini semakin buruk dan amat­ menginginkan peluang memili­ki­ tubuh badan yang baharu sebelum penyakit itu membunuhnya.
Pembedahan tersebut akan di­la­kukan pada bulan Disember tahun depan, namun tarikh sebenar dan lokasinya masih belum ditetapkan.
“Saya sentiasa berbincang de­ngan Canavero. Kami bertukar-tukar maklumat dan setakat yang saya tahu dia bersedia mendedahkan sebahagian maklumat terbaharu tentang pembedahan itu pada bulan depan,” katanya.
Kos pembedahan selama 36 jam yang hanya boleh dilakukan di bilik pembedahan paling maju di dunia itu dianggarkan berjumlah 14 juta pound (RM75.6 juta).
Canavero sebelum ini menjelaskan, kepala penderma dan pesakit akan dipotong dari saraf tunjang mereka pada masa yang sama dengan menggunakan sebilah pisau tajam.
Kepala pesakit kemudian akan diletakkan di atas badan penderma dan dilekatkan menggunakan ‘ramuan ajaib’ iaitu bahan seperti gam dipanggil polyethylene glycol untuk menggabungkan kedua-dua hujung saraf tunjang.

-Utusan