Monday 20 July 2015

Serang anggota polis guna payudara

Hong Kong: Seorang wanita didapati bersalah oleh sebuah mahkamah di sini atas tuduhan menyerang anggota polis dengan menggunakan payudaranya.

Ng Lai-ying, 30, bersama tiga lagi tertuduh didapati bersalah menyerang dan menghalang tugas seorang anggota polis dalam satu tunjuk perasaan pada 1 Mac lalu.

Kesemua tertuduh yang mengaku tidak bersalah disabitkan dengan kesalahan itu oleh mahkamah majistret dan ditahan sehingga menunggu hukuman.

Menurut pendakwa raya, Lai-ying menuduh seorang anggota polis meraba payudaranya ketika membuat pemeriksaan pada beg yang dibawa wanita itu. Lai-ying kemudiannya menjerit meminta tolong dan mendakwa dia dicabul anggota polis berpangkat inspektor berkenaan.

Bagaimanapun, anggota polis itu memberi keterangan Lai-ying sengaja menyentuh payudaranya pada tangan lelaki berkenaan dan membuat tuduhan palsu.

Mahkamah memutuskan Lai-ying menipu mengenai tuduhan berkenaan dan menyifatkan tindakan wanita itu berniat jahat.“Kamu menggunakan sifat kewanitaan untuk memerangkap dan mendakwa anggota polis itu menuduh kamu,” kata hakim. Tambahnya, sangat pelik Lai-ying hanya membuat laporan mengenai bibirnya yang berdarah selepas ditolak oleh anggota polis, bukannya dicabul.

“Sekiranya kamu dicabul sudah pasti ia menjadi perkara yang paling besar untuk kamu membuat laporan,” jelasnya. - Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/64687#sthash.Casqgg65.dpuf

No comments: