Tuesday 24 March 2015

Jerut kekasih hingga mati kerana cemburu

Jakarta: Kerana cemburu seorang pemuda di sini sanggup membunuh kekasihnya dengan menjerut leher gadis malang itu dengan tali sehingga mati. Asep Sudrajat, 23, ditahan polis kelmarin selepas dia menghantar kekasihnya, Nurhayati, 18, ke sebuah hospital sejurus serangan berkenaan yang berlaku di rumah mangsa.
 
Jurucakap polis berkata, Asep mengaku membunuh kekasihnya itu selepas mereka bertengkar di rumahnya yang terletak di Cengkareng, Jakarta Barat.“Saya datang ke rumah Nurhayati untuk bertanya siapakah pemuda yang suka datang ke rumahnya,” kata Asep kepada polis.
 
Katanya, Nurhayati tidak menjawab soalan itu sebaliknya dia memukul hidung pemuda itu sebanyak tiga kali. Namun, Asep memberitahu bahawa dia tidak marah dengan perbuatan itu dan meminta maaf kepada Nurhayati serta berharap gadis itu tidak memusuhinya.
 
Bagaimanapun, Nurhayati enggan melayan sebarang soalan Asep menyebabkan pemuda itu berasa marah.“Saya kemudian mengambil seutas tali kain dan terus menjerut leher Nurhayati.“Nurhayati meronta-ronta minta dilepaskan dan dia turut menggigit tangan saya,” cerita Asep.
 
Tambah Asep, selepas Nurhayati berhenti meronta dia meninggalkan gadis itu di luar rumah dan menyimpan tali berkenaan di poket seluarnya. Dia kemudian memberitahu ahli keluarga Nurhayati bahawa gadis itu membunuh diri. - Agensi
 
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/38881#sthash.mMyIB71l.dpuf

No comments: