Wednesday 13 August 2014

Berselfie terlampau bawa maut


Cabo da Roca, Portugal: Sepasang suami isteri warga Poland mati selepas leka mengambil selfie menyebabkan mereka terjatuh dari tebing tinggi ke dalam laut, semalam.

Lebih tragik, kejadian itu berlaku di depan anak mereka.

Menurut media, sebelum kejadian pasangan malang itu sibuk merakam gambar sendiri dari pelbagai sudut.

Butiran lanjut mengenai insiden itu belum dapat disahkan, malah bercanggah antara satu sama lain.

Ada saksi berkata, pasangan terbabit meminta anak mereka berusia lima dan enam tahun mengambil gambar berkenaan.

Kanak-kanak terbabit kini diserah kepada diplomat Poland untuk diuruskan.

Sumber berkata pasangan suami isteri itu memang berasal dari Poland, namun menetap di Portugal sejak beberapa tahun lalu.

“Difahamkan, pasangan terbabit mungkin melanggar amaran menghalang pengunjung berada berhampiran tebing,” katanya.

- Agensi/Metro

No comments: