Monday 16 September 2013

Sempat paut pagar besi sebelum meninggal dunia

ALOR SETAR: Seorang lelaki yang kepenatan selepas dipercayai berlari akibat dikejar anggota polis, sempat berpaut pada pagar besi depan syarikat pengangkutan di Jalan Putra, dekat sini, sebelum rebah dan meninggal dunia, kira-kira 11.3- pagi tadi. Kejadian itu disedari orang ramai di kawasan terbabit yang kemudiannya cuba memberi bantuan kepada lelaki berusia 35 tahun itu tetapi gagal. Difahamkan, mangsa sebelum itu dilihat dikejar dua anggota polis menaiki motosikal sebelum berhenti dan bersembunyi bawah pokok di kawasan terbabit kerana dipercayai tidak mempunyai lesen memandu. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, pasukan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) menahan lelaki yang juga duda anak satu berkenaan untuk pemeriksaan sebelum dia memecut motosikalnya. Menurutnya, anggota polis mengejarnya sehingga ke kawasan berkenaan sebelum lelaki terbabit meninggalkan motosikalnya di tepi jalan dan berlari tetapi anggota polis menahannya dalam keadaan kepenatan, tidak lama kemudian. "Apabila anggota polis meminta kad pengenalan untuk diperiksa, tiba-tiba lelaki itu jatuh pengsan dan paramedik yang dipanggil untuk membuat pemeriksaan mendapati mangsa sudah meninggal dunia," katanya. -Metro

No comments: