Monday 30 September 2013

Misteri mumia atas loteng


PADA awalnya, mumia ini dianggarkan berusia 2,000 tahun.


SEORANG budak lelaki di Jerman menemui sebuah peti yang mengandungi mumia pada hujung bulan lalu ketika dia naik ke loteng di rumah neneknya pada bulan lalu.

Penemuan mengejutkan itu berlaku apabila budak lelaki itu, Alexander Kettler, 10, naik ke loteng rumah tersebut yang terletak Diepholz, Jerman secara bersendirian.

Setelah menyelongkar tempat itu, Kettler menemui sebuah peti lama yang mengandungi mumia.
Peti itu dihiasi dengan lukisan-lukisan pada era zaman Mesir purba.

Bapa kanak-kanak tersebut, Lutz Wolfgang kemudian membawa 'mayat' tersebut ke Berlin dengan kereta untuk diperiksa oleh pakar-pakar untuk memastikan ketulenannya.

Cerita itu turut menjadi liputan media antarabangsa sejak awal bulan lalui apabila Lutz yang merupakan seorang doktor gigi bertindak mendedahkannya.

Wolfgang memberitahu akhbar Bild yang disiarkan pada awal bulan lalu, dia turut berasa ragu-ragu sama ada sebuah topeng dan balang yang ditemui bersama mumia itu hanya replika semata-mata.

Menurut lelaki itu, bapanya pernah menjelajah ke Afrika Utara sekitar tahun 1950-an.
Bapanya meninggal dunia 12 tahun lalu.

Akhbar Die Keiszeitung memberitahu, ketika bapanya pergi ke Afrika Utara, sudah terdapat penjualan mumia tulen.

Menurut doktor gigi itu, semasa hidup, bapanya pernah memberitahu bahawa dia pernah pergi ke bandar Derna, Libya.

Wolfgang percaya mumia itu tulen namun, dia berkata, ia tidak mengeluarkan bau busuk.
Panjang mumia itu ialah 1.6 meter.

Seorang pendakwa raya di negeri Lower Sazony, Jerman, Lutz Gaebler mengisytiharkan mumia itu berusia lebih 2,000 tahun.

Bagaimanapun, hasrat doktor gigi itu untuk memperoleh pengesahan bahawa mumia itu tulen berakhir dengan kehampaan.

Kajian yang dilakukan oleh sekumpulan saintis di Hamburg baru-baru ini mendapati mumia itu diperbuat daripada tulang plastik yang dibungkus dengan kain.

Namun, para saintis itu mendapati mumia tersebut mempunyai tengkorak manusia tulen.

Ekoran itu, menurut Gaebler, kes tentang penemuan misteri mumia itu ditutup selepas ia disahkan bukan tulen seperti sangkaan ramai.

-Kosmo

No comments: