Wednesday 11 September 2013

Kereta dibersih individu tak dikenali

Taipei: Selepas penduduk di kawasan kejiranan di bandar raya ini mengadu bahawa kereta mereka dibersihkan seseorang tanpa izin, polis berjaya menjejaki individu yang melakukan perbuatan itu.
 
Ketika disoal siasat polis mengapa dia membersihkan kereta jirannya hingga berkilat, lelaki terbabit berkata, dia mengalami kecelaruan obsesif kompulsif (OCD) dan berasa terdorong untuk mengelap kereta.

Polis kemudian membebaskannya tanpa sebarang dakwaan.

Bagaimanapun, ketika beredar dari balai polis, dia menyedari bahawa kereta peronda polis di situ kelihatan kotor lalu mula mengelap kenderaan itu. Polis kemudian dilaporkan memberinya NT$100 (RM11) sebagai upah dan memintanya agar berhenti melakukannya.

- Agensi/Metro

No comments: