Sunday 15 September 2013

Hidung wanita digigit suami sampai putus

Beijing: Seorang wanita pertengahan umur dari Anhui menjalani pembedahan menstruktur semula wajahnya selepas pertengkaran dengan suaminya berakhir dengan hidungnya digigit hingga putus. Pasangan itu bergaduh hingga saling bercakaran seperti Mike Tyson dan Evander Holyfield serta berakhir dengan suami wanita itu menggigit hidungnya, lapor Global Times. Kejadian berlaku selepas si isteri yang tidak puas hati kerana suaminya tidak membantu melakukan kerja rumah berleter, menyebabkan si suami panas hati dan menjerit ke arahnya. Tidak peduli dengan jeritan suaminya, wanita itu terus berleter menyebabkan si suami berang. Dia meluru ke arah si isteri yang dikenali sebagai Yang dan menggigit hidung wanita itu hingga putus. - AFP/Metro

No comments: