Friday 3 May 2013

Kaum Sikh minta Melayu bersatu

BUKIT MERTAJAM 2 Mei - Meskipun berbangsa Sikh, seorang peguam mengingatkan orang Melayu khususnya di Pulau Pinang tidak berpecah di sebalik perbezaan fahaman politik. Ahli Majlis Peguam, Ranjit Singh Dhillon berkata, perpecahan orang Melayu boleh menghapuskan identiti bangsa dan agama mereka. "(Orang Melayu) jangan berpecah-belah walaupun fahaman politik berbeza macam mana sekali pun, biarkan. "Di Pulau Pinang, Tanjung (kawasan bandar) sudah habis (dikuasai bukan Melayu)," katanya ketika berceramah di Kampung Permatang Kebun Sireh, di sini malam tadi. Di Pulau Pinang, katanya, orang Melayu terpaksa mengadakan demonstrasi jalanan berikutan keengganan Ketua Menteri, Lim Guan Eng bertemu mereka. Menurutnya, suatu ketika dahulu hampir setiap minggu demonstrasi diadakan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) yang menempatkan pejabat pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang. "Orang Melayu sebenarnya tidak suka berkonfrontasi tetapi disebabkan Guan Eng enggan berjumpa walaupun cuba buat temu janji mereka terpaksa hentam (berhimpun) di Komtar setiap minggu," ujarnya. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130503/po_03/Kaum-Sikh-minta-Melayu-bersatu#ixzz2SC8DtLIw © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments: