Sunday, 28 April 2013

Mahu ‘bunuh’ lebih 200 kanak-kanak Amerika

London: Seorang bapa yang menghantar mesej di Facebook dari kediamannya di Britain berikrar untuk membunuh 200 kanak-kanak di Amerika berdepan dengan hukuman penjara. Reece Elliot mendorong siasatan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) yang menyebabkan 3,000 murid tidak ke sekolah ekoran ancaman untuk mencetuskan pembunuhan beramai-ramai di Tennessee. Insiden itu berlaku beberapa minggu selepas 26 orang 20 daripadanya kanak-kanak dibunuh lelaki bersenjata berusia 20 tahun Adam Lanza di sekolah rendah Sandy Hook di Connecticut. Memuat naik di laman peringatan pelajar mangsa nahas kereta sekolah tinggi Tennessee, penganggur Elliott, 24, yang tinggal di South Shields, Tyne and Wear menulis: “Bapa saya mempunyai tiga pistol. Saya bercadang mahu membunuh dia dulu dan mencampaknya ke dalam tong sampah. “Saya akan membawa motosikal ke sekolah. Saya harap dapat membunuh 200 orang sebelum membunuh diri. Kisah saya akan tersiar dalam CNN.” Pasukan antikeganasan bergegas ke beberapa sekolah di daerah Warren di Amerika Syarikat sebelum polis kemudian menjejaki bahawa ancaman itu datangnya dari kediaman Elliot di Britain lalu menahannya. - The Sun/Metra

No comments: