Komposer lelaki itu yang digelar ‘Tuhan Harun’ ditangkap Jabatan Agama Islam (Jaip) Khamis lalu dalam satu serbuan di Lorong Pandan Damai, dekat sini.
Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata, dalam laporan polis itu, kontraktor terbabit didatangi suspek pada Oktober 2008 dan menawarkan pelaburan di Islamic Business Central di Sungai Buloh, Selangor yang membuat projek perumahan, import dan eksport barang dari China serta mengedar telefon bimbit di Brunei.
Menurutnya, suspek menawarkan mangsa yang bekerja di Kelantan ketika itu membeli satu unit saham bernilai RM200,000 dan dijanjikan pulangan 40 peratus setiap bulan.
“Percaya dengan tawaran suspek, mangsa serah wang itu kepada suspek di rumah mangsa dengan disaksikan isterinya namun selepas itu meminta mangsa membuat pelaburan tambahan iaitu satu unit saham lagi,” katanya di sini, semalam.
Bagaimanapun, katanya, mangsa bersetuju dan menyerahkan RM200,000 lagi kepada suspek di Hotel Concorde, Petaling Jaya.
Selepas itu, katanya, mangsa kecewa kerana tidak mendapat pulangan yang dijanjikan membuat laporan polis pada 2011.
Katanya, lelaki berusia 47 tahun itu berasal dari Kampung Jelutung Kok Lanas dekat Ketereh, Kelantan.
“Suspek mempunyai dua isteri dan tujuh cahaya mata itu memiliki Sijil Agama di Yayasan Islam Kelantan. Dia kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.
Suspek bersama ahli kumpulan ajaran sesatnya dipercayai menjalankan ritual bermain muzik berentak rock pada waktu Maghrib sambil menyanyi lagu dengan lirik memuja dirinya sebelum dicekup oleh JAIP.
Turut ditahan dalam serbuan Jaip itu termasuk enam wanita berusia 12 hingga 49 tahun.
Selain menjalan upacara berkenaan, suspek turut dikehendaki berhubung kes penipuan skim cepat kaya mencecah RM200 juta pada tahun 2011.-Sinar
No comments:
Post a Comment