Friday 1 February 2013

"Ali Setan" pernah dipelawa sertai parti politik

 
 
PELAKON filem Ali Setan, Azmil Mustapha menunjukkan risalah pakej umrah kelolaan Eco Riths Travel and Tours yang merupakan salah satu projek terbaharunya selepas tidak lagi bergelar artis, di Hotel Grand Bluewave, di Shah Alam hari ini. - UTUSAN/FATIN AINAA FAUDZI
 
 

SHAH ALAM 31 Jan. - Pelakon filem Ali Setan, Azmil Mustapha mendakwa pernah beberapa kali dipelawa menyertai parti politik oleh UMNO dan Pas semenjak penghijrahannya dari dunia seni ke bidang dakwah.
Beliau yang kini merupakan penceramah bebas bagaimanapun menolak tawaran tersebut secara baik kerana berpandangan bidang politik bukanlah kepakarannya.
"Ya, selepas penghijrahan saya beberapa tahun lalu saya mengakui memang telah dipelawa menyertai UMNO dan Pas. Namun begitu pelawaan tersebut saya terpaksa tolak kerana medan politik ini bukan bidang saya.
"Biarlah orang lain yang lebih arif dan berminat menyertainya," katanya pada satu sidang akhbar sempena pengenalan pakej umrah Eco Riths Umrah Travel and Tours bersama Azmil Mustapha di Hotel Grand Bluewave di sini hari ini. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130131/hi_09/Ali-Setan-pernah-dipelawa-sertai-parti-politik#ixzz2JegGQ1u6
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments: