Friday, 13 July 2012


'Imam Mahadi' bukan orang terganggu emosi


KEJADIAN amuk di Jabatan Perdana Menteri Putrajaya pada 9 Julai lalu menarik perhatian masyarakat kerana dua perkara. Pertama, kemunculan seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahadi dan kedua, seorang ibu mempunyai dua anak sanggup menemani lelaki itu meskipun baharu berkenalan kurang sebulan.

Wanita itu dikatakan telah dipukau atau terkena ilmu hitam. Lelaki yang mengakui dirinya sebagai Imam Mahadi itu pula dikhuatiri terpengaruh dengan ajaran sesat dan kemungkinan berhadapan dengan masalah mental berdasarkan kecelaruan matlamatnya ke Putrajaya sambil membawa sebilah pedang samurai.

Mengakui diri sebagai Imam Mahadi sebenarnya bukanlah perkara baru dalam sejarah agama sama ada oleh penganut Islam mahupun penganut Kristian. Gerakan menggunakan agama bagi melancarkan revolusi ataupun keganasan pernah dikenali sebagai pemberontakan messaniah, yakni kebangkitan kelompok bersenjata untuk menyerang sesuatu entiti dan menekankan sebarang ritual keagamaan.

Kisah pemimpin agama yang bangun memberontak atau melancarkan revolusi terhadap pemerintah banyak berkait rapat dengan hasrat untuk menyelamatkan manusia daripada mengkhianati agama.

Ketika penjajah Sepanyol memperluaskan pengaruhnya di Filipina, telah muncul pemimpin agama yang bernama Apolonario Dela Cruz (1815-1841) dari San Jose sehingga penangkapannya dikaitkan dengan kecelaruan mental. Beliau kemudiannya dijatuhi hukum bunuh.

Berlainan dengan apa yang berlaku di Putrajaya apabila lelaki mengamuk itu melibaskan pedang samurai ke arah orang ramai setelah dihalang memasuki Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri.

Konsep Imam Mahadi sebagai penyelamat telah menimbulkan sentuhan mistik yang berjaya mempengaruhi sebahagian besar golongan beragama yang bersikap pesimistik, yakni mempercayai secara membuta-tuli ajaran yang diperturunkan oleh guru-guru agama tertentu.

Dalam masyarakat Malaysia, yakni ketika pengikut-pengikut al-Arqam mempercayai secara mistiknya kehebatan Ashaari Muhammad sebagai pemimpin yang berasal dari Bani Tamim. Beliau didakwa hadir ke dunia untuk menyelamatkan manusia daripada kehidupan yang buruk. Setelah merasakan kedudukannya begitu kuat dengan pengikut yang ramai dan merata tempat, Ashaari akhirnya membuat perancangan untuk melakukan gerakan menjatuhkan kerajaan.

Kumpulan tersebut kemudiannya diperintah dibubarkan, manakala Ashaari Muhammad dikenakan tahanan buang daerah dan pengikut-pengikutnya mulai berpecah.

Persoalan kemunculan Imam Mahadi bukanlah sesuatu yang baharu dalam masyarakat. Bahkan dalam masyarakat Kristian, penganut-penganutnya percaya suatu hari, Imam Mahadi akan muncul untuk menyelamatkan manusia setelah mereka diselamatkan oleh Nabi Isa a.s. daripada mewarisi “dosa besar."

Dosa besar itu disebabkan oleh Nabi Adam a.s. yang ingkar larangan Tuhan ketika di syurga dan akhirnya dicampakkan ke dunia sebagai balasan.

Bagi penganut Islam, sama ada dalam kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah atau Syiah, mereka yakin bahawa Imam Mahadi akan muncul pada akhir zaman sebagai menyelamatkan keadaan umat yang berkonflik sesama sendiri dan telah semakin jauh dengan pegangan agama.

Keyakinan ini berkembang kerana memang ada hadis yang menyebut hal tersebut dan istilah “al-Mahdi" dikatakan berasal daripada kata kerja hada-yahdi yang bermaksud “membimbing" atau “memberikan petunjuk".

Pada abad pertama Hijrah, banyak orang mengakui dirinya sebagai Imam Mahadi berdasarkan pandangan bahawa asal usul keturunannya bukanlah hanya dari nasab keturunan Fatimah al-Zahra (puteri Nabi Muhammad SAW). Imam Mahadi akan muncul tanpa menurut nasab keturunan tertentu, yang pasti ialah mereka yang beragama Islam.

Mengisytiharkan diri sebagai Imam Mahadi merupakan satu bentuk sikap melampau hasil daripada tafsiran sendiri terhadap dalil yang disabdakan oleh Rasullullah SAW, bahawa imam itu benar-benar akan muncul sebelum hari kiamat.

Kemunculan itu juga menandakan kiamat benar-benar dekat, tidak seperti ramalan sesetengah manusia berdasarkan tahap keintelektualannya sendiri. Misalnya, kaum Maya yang berasal dari Amerika Latin meramalkan ‘hari terakhir’ dalam kalendar mereka ialah pada 20.12.2012, sedangkan ia adalah tarikh terakhir dalam satu pusingan atau dikenali sebagai Baktun. Satu pusingan bermakna tiga ribu tahun.

Sikap melampau dalam mengamalkan ritual agama dan mentafsirkan asas-asas kepercayaan berdasarkan dalil pemikiran sendiri adalah salah dalam Islam. Islam mempunyai sikap yang tetap dalam menentukan sesuatu fenomena kejadian dan kehancurannya.

Islam telah membentuk doktrinnya berdasarkan hukum-hakamnya yang tersendiri. Persoalan dasar tidak boleh berubah manakala persoalan kehidupan bersosial, prinsipnya tidak akan berubah, perubahannya adalah pada sifat-sifatnya yang memerlukan penyesuaian dengan corak kehidupan manusia.

Pola pemikiran melampau itu amat ditentang oleh Islam. Menerusi ketegasan yang diteladankan oleh Rasullullah SAW, kehidupan dalam nilai-nilai berhemah dan sederhanalah yang akan menyelamatkan Islam. Sikap melampau atau terlalu mencari kesalahan orang lain itulah sebenarnya membawa kepada ketakjuban yang melampau ke atas kebolehan sendiri.

Ulama salaf tidak menonjolkan kelebihan melampau. Bahkan, dari segi ilmu mereka sentiasa memantapkannya dengan penuh tawaduk dan sikap merendah diri. Allahyarham Buya Hamka misalnya pernah membuat kesimpulan: “Ketika saya membaca sebuah buku, saya rasakan diri sayalah yang paling pandai; tetapi apabila saya membaca seribu buku, ternyata diri sayalah yang paling bodoh berbanding orang ramai."

Begitu dengan sikap merendah diri Imam al-Ghazali. Beliau tidak pernah mengakui dirinya sebagai seorang yang pakar walaupun beliau dilantik sebagai pengurus pendidikan di sebuah pusat pengajian ilmu-ilmu agama pada zamannya.

Ilmu semata-mata tidak membawa apa-apa makna, tetapi jika beramal tanpa ilmu juga ia merupakan satu tindakan yang berbahaya.

Untuk itulah Islam mengajarkan umatnya supaya sentiasa belajar dan menuntut ilmu, dengan ilmu itulah akan menggerakkan diri untuk memahami bahawa pencapaian tertinggi seseorang itu ialah mendekatkan diri dengan Allah SWT.

Bagi sesetengah orang, dengan hanya mempunyai sedikit ilmu, dicubanya untuk menduga samudera yang dalam. Dalam percubaan itulah akhirnya tersesat hingga menyebabkan diri terkorban.

Maknanya, insiden yang berlaku pada petang Isnin di Putrajaya mempunyai kebenarannya apabila menganggap pengetahuannya sudah lengkap dan mantap.

Seseorang yang menganggap dirinya mempunyai kemantapan ilmu menyebabkannya cenderung membalutkan emosinya dengan sikap melampau manakala tindakannya terarah kepada penyerangan dan melepaskan geram.

Jika mereka mempunyai pengikut yang ramai, maka mereka semakin cenderung untuk bersikap melampau sehingga mengambil tindakan dalam bentuk kekerasan.

Imam Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah kamu menjauhkan diri daripada bersikap melampau. Maka sesungguhnya umat sebelum kamu telah dibinasakan kerana bersikap melampau dalam agama." (Riwayat Ahmad, Nasai, Ibn Majah dan Al-Hakim).

Golongan pelampau ikut menjadikan aksi radikal sebagai kemuncak penentangan. Tindakan tersebut sebenarnya bertentangan dengan perintah Allah SWT, kerana al-Quran tidak pernah meminta manusia supaya bertindak ganas hatta ketika berdepan dengan musuh semasa berperang.

DATUK DR. AZIZ JAMALUDIN MHD. TAHIR

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia


Petai mengandungi 4 kali ganda protein, 2 kali ganda Karbohidrat, 3 kali ganda fosforus, 5 kali ganda vitamin A dan juga 2 kali ganda mineral serta lain- lain vitamin berbanding dengan buah epal. 
 

Petai juga mengandungi tiga jenis gula iaitu Sukrosa,fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan serat. Lantaran itu ia dapat membekalkan banyak tenaga. Dari penyelidikan yang telah di jalankan 2 sajian petai mampu membekalkan tenaga untuk melakukan aktiviti lasak selama 90 minit. Di Indonesia ia menjadi makanan kegemaran ramai atlet terkemukanya.  
Petai juga boleh digunakan sebagai gantian ubatan moden bagi mengubati beberapa jenis penyakit seperti bawah; 

Kemampuan otak 

200 siswa di Twickenham (Middlesex) dengan mudah melalui ujian pada tahun ini kerana memakan petai semasa sarapan, waktu rehat, dan makan tengah hari. Penyelidikan telah membuktikan bahawa buah petai mengandungi kalium tinggi dapat membantu proses pembelajaran, ia menjadikan siswa lebih teliti dan berhati- hati. 

Seasonal Affective Disorder (SAD) kemurungan  

Menurut Kajian yang dilakukan oleh MIND di antara pesakit mengidap depresi, ramai di antara mereka merasa bertambah baik setelah makan petai. Ini terjadi kerana petai mengandung tryptophan sejenis protein yang di tukarkan oleh badan kepada menjadi serotonin memberikan ketenangan, memperbaiki mod dan secara amnya membuat seseorang lebih bahagia. 

Stres 

Kalium adalah mineral penting untuk menstabilkan kadar degup jantung , membekalkan oksigen ke otak dan menyesuaikan keseimbangan cairan badan. Ketika kita stres, kadar metabolisme tinggi akan mengurangi kandungan kalium dalam badan. Hal ini dapat diseimbangkan dengan bantuan makan petai yang tinggi kalium.  

Untuk sistem saraf 

Petai mengandung vitamin V dalam jumlah besar, ini akan menambah kecekapan sistem saraf.


Strok 

Seperti mana dalam "The New England Journal of Medicine" makan petai sebagai sebahagian daripada sajian makanan sehari-hari akan menurunkan risiko kematian kerana strok sehingga 40%.  

Sindrom Prahaid PMS premenstrual syndrome 

PMS atau sindrom prahaid, terjadi pada sebahagian wanita di setiap bulan, selalunya bila pusingan haid semakin hampir tersebut akan mula risau dan mula membeli ubat ubatan moden yang bakal mengundang pelbagai kesan sampingan.  

Homeopati amat efektif di dalam menangani pelbagai masalah PMS seperti kekejangan (sakit di abdomen), rasa tidak sedap perut atau kembung, terpaksa membengkokkan badan bagi menahan kesakitan, pelbagai serangan psikologi dan lain-lain rasa tidak selesa sepanjang waktu haid. 

Sindrom Prahaid mengandungi 4 jenis kesakitan. Meskipun ada antara jenis kesakitan tersebut kelihatan sama tetapi ia memerlukan ubat yang berbeza oleh yang demikian kaedah untuk mendapatkan ubat yang betul dan mujarab adalah menerangkan secara terperinci kepada doktor yang merawat pesakit  

Banyak ubat- ubatan ada terjual di farmasi dan kedai ubat antaranya;  

Pulsatilla adalah penawar utama dan terpenting untuk menangani kekejangan semasa sindrom prahaid.  

Belladonna kesakitan sehingga membongkok atau mengerang, kesakitan yang datang dan pergi tiba-tiba, kadang-kadang dengan sakit kepala.  

Magnesia Phos kekejangan yang teruk di abdomen dan terpaksa membongkok dan lega sedikit dengan urutan atau dengan tuam.  

Colocynthis juga menyerupai simptom Magnesia Phos tetapi kekejangan di abdomen yang lebih teruk dan meletihkan. Langkah alternatif untuk sakit ini ialah dengan memakan petai kerana Vitamin B6 yang di kandung petai mengawal kadar gula darah, Ini dapat mengembalikan mod pesakit.   

Anemia 

Anemia merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh kekurangan sel darah merah atau hemoglobin dlm sel darah merah, ataupun perdarahan yg berlebihan. Dengan kandungan zat besi yang tinggi di dalam, petai, ia dapat membantu pesakit anemia dengan menghasilkan semula atau memproses sel darah merah.  

Tekanan darah tinggi 

Biji petai sangat tinggi kalium, tetapi rendah garam, sehingga sangat mujarab atau berkesan untuk memerangi kes tekanan darah. tinggi, sehingga FDA Amerika mengizinkan perkebunan petai untuk mempatenkan mengenai kemampuan buah ini untuk menurunkan risiko tekanan darah dan strok.  

Ubat mabuk  

Salah satu cara paling cepat untuk menyembuhkan â€Å“penyakit” mabuk adalah milkshake petai , yang dicampurkan dengan madu. Petai akan membantu menenangkan perut dan dengan bantuan madu akan meningkatkan semula kadar gula darah , sedangkan susu akan menenangkan dan mengembalikan keseimbangan kadar cairan dalam tubuh.  

Mual di pagi hari 

Makan petai di antara selang masa makan akan menolong mempertahankan kadar gula dan menghindari muntah.  

Menstabilkan suhu badan 

Banyak budaya lain yang melihat petai sebagai buah "sejuk" yang mampu menurunkan suhu badan dan emosi ibu yang menanti kelahiran anaknya. Di Belanda misalnya, ibu hamil akan makan petai untuk meyakinkan agar si bayi lahir dengan suhu yang rendah.  

Gastrik 

Biarpun ia di makan secara mentah, ia tidak memberikan tekanan pada sistem pencernaan malahan ia akan merawat sistem pencernaan kerana teksturnya yang lembut dan halus Dalam beberapa kes yang parah biji petai mampu meneutralkan asid dalam perut dan mengurangkan kesan rangsangan dengan membentuk satu lapisan penebat asid pada permukaan dalam perut. 


Obesiti

Institute of Psychology Austria mendapati bahawa tekanan ketika kerja boleh menyebabkan orang sering mengambil makanan seperti coklat dan lain- lain makanan ringan bagi menenangkan fikiran. Berdasarkan kajian terhadap 5.000 pesakit ini di hospital, menunjukkan bahawa kebanyakan orang menjadi gemuk kerana tekanan kerja yang tinggi. Laporan kajian ini membuat kesimpulan untuk menghindarkan pengambilan makanan kerana panik, kita perlu mengawal paras gula dalam darah dengan mengambil makanan tinggi karbohidrat setiap dua jam untuk menetapkan kadar paras gula.  


Sembelit

Seperti yang kita tahu proses pencernaan makanan memerlukan serat, kekurangan serat menyebabkan seseorang sembelit. Dengan kandungan serat yang tinggi di dalam petai ia dapat membantu mengatasi masalah ini tanpa perlu mengambil laksatif (ubat makan atau minum untuk melawaskan buang air besar).  

Merokok 

Kandungan Vitamin B6 dan B12, serta bergabung dengan kalium dan magnesium di dalam petai dapat membantu tubuh badan daripada menerima kesan sampingan daripada pemberhentian pengambilan nikotin secara tiba- tiba. Secara tidak langsung ia membantu seseorang yang untuk berhenti merokok .  

Gigitan nyamuk 

Sebelum anda menyapu krim gigitan nyamuk seperti mopiko, cuba untuk menggosok kawasan gigitan dengan bagian dalam kulit petai, dengan cara ini, ia dapat mengatasi rasa gatal dan bengkak.  

Kutu babi 

Petai mampu membunuh kutu babi. Dengan ambil potongan petai lekatkan tempikkan pada kutu babi tersebut. Ini baik untuk membasmi kutu babi yang melekat pada anjing mahupun kucing.
Adalah lebih baik anda merujuk kepada doktor, jika anda beralih kepada perubatan alternatif kerana mungkin anda ada alahan- alahan tertentu meskipun perubatan secara herba membuktikan hampir ke angka sifar memiliki kesan sampingan. 


Wednesday, 11 July 2012

APAKAH NILAI GAMBAR INI DI MATA ANDA

Seorang kanak-kanak di Selatan Sudan mengheret mayat ibunya sambil menangis tanpa mengetahui bahawa ibunya telah meninggal dunia akibat dahaga dan kebuluran..  

Kadang-kadang AC terfikir, mengapa Ibu kanak-kanak ini mati sedangkan anaknya masih hidup. Pertanyaan itu terjawab sendirinya. Itulah kasihnya seorang Ibu terhadap anak. Jika si Ibu mempunyai walau sebutir nasi, si Ibu akan memberikan anaknya makan terlebih dahulu.  

Si Ibu lebih sayangkan nyawa anaknya berbanding nyawanya sendiri. Bukankah begitu? Jika tidak, masakan si Ibu mati.

Apa nilai gambar ini di mata anda jika anda masih membazir makanan walaupun sebiji nasi atau setitis air?

Astaghfirullahhala'zim...~
 

Posted by Telebih Sudah at 8:19:00 AM






Hidayah Abdus Salam
Susunan SITI AINIZA KAMSARI
Clinton Sipes atau nama Islamnya, Abdus Salam pernah menyertai Kumpulan Klu Klax Klan (KKK).

SEJAK kecil Clinton Sipes hidup dalam atmosfera kekerasan yang berpunca daripada keluarganya sendiri. Terutama menjadi mangsa kekerasan fizikal dan sikap berang bapanya yang merupakan seorang kaki botol.
Suasana ini menjadikan Sipes membesar sebagai seorang remaja yang bermasalah, anti sosial, kaki gaduh, terutama dengan abangnya, rakan-rakan sekelasnya, guru sekolah bahkan juga terhadap haiwan.
Kebanyakan kekerasan yang dilakukan oleh Sipes itu memasuki tahap kejam dan sangat sadis.
Sipes hanya suka berkawan dengan geng-geng budak jahat, yang juga bermasalah sepertinya dengan kegemaran mereka iaitu minum arak, mengambil dadah, melakukan pelbagai jenayah gangsterisme dan bersikap sangat rasis.
Seawal usia 13 tahun, Sipes sudah mula menjadi penghuni lokap dan penjara yang sama sekali tidak membuatkan remaja ini serik.
Di pusat pemulihan, Sipes semakin cenderung melakukan pelbagai kekerasan dan sifat perkauman yang semakin menebal. Beliau sangat benci mereka yang berkulit hitam, bangsa Yahudi, Asia dan golongan birokrat.
Seusai bebas dari pusat itu, Sipes umpama bom jangka yang menunggu masa untuk meledak.
Bagi menyalurkan niat jahatnya itu, Sipes menyertai kumpulan-kumpulan yang rasis dan mereka sering melakukan 'operasi penyerangan' terhadap kelompok-kelompok etnik tertentu dan melakukan pelbagai jenayah lain.
Sehinggalah pada usianya 16 tahun, sekali lagi Sipes disumbat ke penjara di California. Dalam usia remaja itu beliau dijatuhi hukuman penjara enam tahun enam bulan atas kesalahan merompak dan memiliki senjata api secara haram.
Namun dalam penjara itu lebih banyak perkara negatif yang dipelajarinya. Sipes bergabung dengan kumpulan yang menggelarkan diri mereka 'Warga Kulit Putih Ulung' yang membenci semua orang yang bukan daripada keturunan 'Anglo Saxon'.
Ini membolehkan Sipes mempunyai jalinan hubungan dengan pertubuhan pelampau yang paling rasis, iaitu Kumpulan Klu Klax Klan (KKK) atau White Racial Brotherhood (Kumpulan Perkauman Kulit Putih) bagi membolehkan Sipes meminta dirinya dibebaskan dengan jaminan KKK.
Sipes semakin aktif dengan kegiatan KKK selama hampir empat tahun.
Beliau sering melakukan kekacauan di malam hari dengan melakukan serangan-serangan atas nama perkauman dan merosakkan harta benda awam yang menyebabkan beliau sering keluar masuk penjara sehinggalah usianya memasuki 20 tahun.
Acap kali menjadi buruan polis dan diberi layanan buruk menyedarkan Sipes, seterusnya melahirkan bibit-bibit penyesalan atas segala perlakuan yang dilakukan selama ini.
Sipes mula merindukan kedamaian jiwa. Tidak ada sudahnya beliau menjadi jahat jika ia sedikitpun tidak menjanjikan kedamaian, apatah lagi kebahagiaan dalaman. Perasaan marah dan benci pada diri mulai menguasai dirinya.
Tekanan itu menjadikan dia sering terjaga pada lewat malam di dalam penjara mengenangkan nasib dirinya.
Waktu-waktu bersendirian di dalam penjara itu membolehkan beliau merenung kembali masa lalu dan segala kejahatan yang dilakukannya.
"Penyesalan itu terus membuak-buak, lebih-lebih selepas kelahiran anak perempuan saya.
"Saya mulai memikirkan soal masa depan, soal jiwa yang terkorban akibat daripada kejahatan yang saya lakukan selama ini.
"Saya dapat menggambarkan bagaimana sisa hidup saya yang akan berakhir di penjara kelak. Sudah tentunya gelap gelita. Pada masa yang sama, terlintas di hati, sesuatu perlu dilakukan.
"Jelas sekali, jika saya memilih keburukan, maka saya tidak akan punya masa depan. Keluarga saya, ibu, abang, mereka semua akan takut kepada saya, sekali gus menjauhkan diri daripada saya," katanya yang ingin mencintai dan dicintai seperti mana yang diinginkan oleh semua orang.
Setelah tamat tempoh tahanan dan dibebaskan, Sipes mula melibatkan diri dengan organisasi hak asasi terutama agensi yang memberi perlindungan kepada kanak-kanak yang teraniaya dan bermasalah sosial seperti dirinya dahulu.
Beliau membantu menyelesaikan kanak-kanak dan remaja yang bermasalah namun takdir menentukan beliau terpaksa disumbat ke dalam penjara untuk sekian kalinya atas kesalahan memiliki bahan-bahan peledak atau bom.
Kali ini di sebuah penjara Persekutuan, Sipes berpeluang berjumpa dan berkenalan dengan seorang muslim Amerika keturunan Afrika yang bertugas membantu para tahanan Muslim yang memerlukan bantuan.
Daripada warga Muslim inilah muncul keinginan Sipes untuk mengenali Islam.
Sebelum ini beliau menganggap bahawa Islam itu adalah agama yang eksklusif untuk warga Amerika yang berketurunan Afrika sahaja.
Sebagai warga kulit putih, Sipes menolak agama Islam.
Meskipun demikian, Sipes tetap bertanyakan pelbagai perkara mengenai Islam dan mula berfikir secara positif mengenai Islam apabila mendapati ajarannya adalah untuk seluruh manusia, universal tanpa memilih warna kulit, kaum dan etnik.
"Saya mula tertarik, bagi saya Islam mempunyai ajaran yang sangat benar dan murni," katanya.
Sipes kemudiannya diajak melihat sendiri tahanan-tahanan solat berjemaah dan beliau juga diberikan senaskhah al-Quran terjemahan untuk beliau baca dan kaji.
Apabila membacanya, Sipes mula mengakui sepenuhnya kebenaran dan kemurniaan ajaran yang tertulis di dalam al-Quran itu.

Monday, 9 July 2012


Semangat tentera Islam

Susunan SITI AINIZA KAMSARI

SELEPAS Zaid bin Harithah, Jaafar bin Abi Talin dan Abdullah bin Abi Rawahah gugur syahid, bendera Islam kini menunggu kemunculan ketua baru untuk menjulangnya sebagai tanda tentera Islam tetap bertahan dan sama sekali tidak akan menyerah kalah pada pihak musuh.
Sedangkan Rasulullah SAW tidak menyebut siapa pengganti kepada ketiga-tiga ketua panglima tentera Islam yang telah gugur syahid itu.
Ini menyebabkan tentera Islam sedikit kucar-kacir kerana tiada pemimpin mengambil alih bagi menerajui dan menentukan hala tuju perjuangan mereka.
Namun seorang sahabat yang dahulunya pernah berjuang di Perang Badar, Thabit bin Aqram terus bertindak mengambil bendera Islam lalu dijulang bendera tersebut tinggi ke udara.
Melihatkan bendera Islam berkibar-kibar di udara, lalu seluruh tentera Islam segera berkumpul pada bendera tersebut bagi menantikan arahan daripada kepimpinan baru pasukan.
Tsabit sama sekali tidak bermaksud untuk mengambilalih peranan ketua panglima tentera Islam, malah sambil mengibarkan bendera itu, beliau melaung-laungkan suaranya: "Wahai sekalian, orang Islam! Lantiklah seorang di kalangan kamu untuk menjadi ketua. Segeralah kamu lantik demi mempertahankan maruah dan agama Allah ini!"
"Kamulah yang menjadi ketua kami, wahai Tsabit," seru seorang anggota tentera Islam.
"Aku tidak layak untuk mengepalai barisan tentera ini," balas Tsabit.
Namun apabila melihat seorang sahabat (yang dahulunya adalah musuh ketat Islam), Khalid bin Al-Walid adalah antara anggota tentera Islam yang mula-mula sampai dan menghampirinya, Tsabit terus menyerahkan bendera Islam itu kepada Khalid.
Alangkah terkejutnya Khalid dengan tindakan Tsabit itu.
"Wahai Tsabit, bukankah kamu lebih tua? Malah kamu sebelum ini merupakan Ahli Badar (anggota tentera Badar), tentulah kamu yang lebih layak untuk menjadi ketua berbanding aku," soal Khalid.
Lalu Tsabit pun menjawab: "Ambillah wahai Khalid akan bendera ini. Aku tidak mengambil bendera ini melainkan untuk diserahkan kepada kamu. Sekarang bukan masanya untuk bertolak-tolakan. Suasana kini semakin genting dan memerlukan seorang pakar perang dan kamu adalah orangnya."
Disebabkan Khalid masih baru memeluk Islam dan bimbang ada tentera Islam yang tidak bersetuju dengan pelantikannya sebagai ketua, lalu Tsabit pun dengan lantangnya berkata; "Wahai saudara-saudaraku, tetapkanlah di hati kamu bahawa Khalid bin Al-Walid adalah yang paling layak memegang dan mempertahankan bendera Islam ini. Dialah yang paling tepat sebagai panglima perang kita!"

Friday, 29 June 2012


PANAS!!   GOLONGAN  YAHUDI  TERUS  SEMBUNYI 
KEWUJUDAN  YAKJUJ &  MAKJUJ!!
                                                                                              
WASHINGTON — Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi – dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam.. Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif and informasi mengenai kaum ‘orang gua’ ini.

“Cerita ini harus diberitahu,” kata sumber itu. “Ia terlalu besar untuk disorok”. Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People. “Nampaknyer mereka seperti kaum yang peramah”, beliau berkata, “Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English”. “Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke muka Bumi (surface world)”, kata sumber itu. 
                                                                                                                      Gambar hiasan
“Dengan demikian, President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati. “Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole tinggai di situ. “Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka Bumi”. 

Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia – dan juga sedikit perbezaan. “Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa – setinggi 8 ke 10 kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole”

“Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang melampau dan juga keadaan yang teruk di bawah Bumi”. “Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan makhluk ini suatu ketika dahulu – mereka bercakap di dalam bahasa yang hampir sama dengan dialek Navajo Lama. 

Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot yang sangat besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas. “Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang beliau”.                                                                                                                       Gambar hiasan
                                                                                                                      
“Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau bersama rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari insiden itu”. Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi – pakaian, alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan segar. 

“Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpesta dan bersukaria”, mengikut kata sumber.“Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah muka Bumi”. NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole. “Kami mahu tahu segala-galanya mengenai mereka – apa yang mereka makan,bagaimana mereka tinggal dan yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum manusia”. 

“Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang manusia moden hari ini secara genetiknya ?” 

Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole. 

“Mereka boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki baki orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang. Pakar juga berkata penemuan ini telah menimbulkan beberapa tanda tanya. 

Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupun peramah dan sanggup bekerjasama? Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah Bumi? Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau kita? Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa – telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi? Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu.  

Setelah menerima tekanan hebat dari wartawan, jurucakap White House menjanjikan informasi yang dibenarkan oleh White House untuk disebarkan. Teapi beliau telah memberi amaran “mungkin tidak untuk jangkamasa yang terdekat”.  

Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos ketika sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation Mole Hole – satu inisiatif dimana wartawan sekarang percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan “teknologi bawah tanah”.  

Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah tanah di kawasan sekitar Washington State’s Mount Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan juga gua-gua yang berselerak sekitar barat daya U.S mengikut kata sumber. Berkurun lamanya manusia telah bercerita tentang kewujudan makhluk di bawah muka Bumi. 

Sekarang, buat pertama kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan kesahihannya. Tetapi samada makhluk-makhluk ini kawan ataupun lawan masih tidak diketahui. 

~ Terjermahan bebas ke Bahasa Melayu.. Sumber asal Derro Found Living Under The Earth 

Penemuan ini juga dikaitkan dengan Yakjuj dan Makjuj. Sejauh mana kebenarannya masih belum diketahui. 

Lokasi dimana Yakjuj dan Makjuj dikatakan akan keluar. Wallahualam.  

"Sama ada percaya atau tidak, seperti dijanjikan ia tetap akan keluar, kecuali kepada mereka yang tidak mempercayai nas". 

tqkisahkita
Posted by Wak JawaBernam at 10:00 PM