PANAS!!
GOLONGAN YAHUDI TERUS SEMBUNYI
KEWUJUDAN YAKJUJ & MAKJUJ!!
WASHINGTON — Weekly
World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum
primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan
terowong rahsia untuk memasuki United States! Penemuan ini telah dibuat bukan
oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi
– dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam..
Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar
eksklusif and informasi mengenai kaum ‘orang gua’ ini.
“Cerita ini harus
diberitahu,” kata sumber itu. “Ia terlalu besar untuk disorok”. Sumber itu
telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People. “Nampaknyer
mereka seperti kaum yang peramah”, beliau berkata, “Tetapi mereka amat
primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia satu kerja yang
susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English”. “Mole People, sebagaimana
yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke muka Bumi (surface world)”,
kata sumber itu.
Gambar hiasan
“Dengan demikian,
President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati. “Tersilap
langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang dengan manusia
di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami baru melihat satu
bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole tinggai di situ. “Tetapi
ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang Mole tinggal
merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka Bumi”.
Makhluk itu
mempunyai beberapa persamaan dengan manusia – dan juga sedikit perbezaan.
“Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka jauh lebih tinggi
dari manusia biasa – setinggi 8 ke 10 kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti
kuku binatang. Dan tangan mereka juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk
menggali, bukan seperti kuku mole”
“Kulit mereka
sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang melampau dan juga keadaan yang
teruk di bawah Bumi”. “Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di
antara manusia dengan makhluk ini suatu ketika dahulu – mereka bercakap di
dalam bahasa yang hampir sama dengan dialek Navajo Lama.
Sumber itu juga
menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot yang sangat besar,
membuatkan mereka mampu bertindak ganas. “Apabila salah seorang ahli ekspedisi
itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus
menyerang beliau”. Gambar hiasan
“Mereka mencakar
dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau bersama
rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari insiden itu”. Kaum Mole
amat berminat dengan dunia atas muka Bumi – pakaian, alat-alatan dan makanan
terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan segar.
“Saya belikan
mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpesta dan bersukaria”, mengikut kata
sumber.“Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka sendiri
memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah muka Bumi”. NASA amat berminat
untuk mengkaji kaum Mole. “Kami mahu tahu segala-galanya mengenai mereka – apa
yang mereka makan,bagaimana mereka tinggal dan yang paling mustahak, apakah
perhubungan mereka dengan kaum manusia”.
“Kami
tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam
aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang manusia moden hari
ini secara genetiknya ?”
Pakar berkata
terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole.
“Mereka boleh jadi
apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki baki orang
yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang. Pakar juga berkata penemuan
ini telah menimbulkan beberapa tanda tanya.
Adakah makhluk itu
musuh dan suka berperang ataupun peramah dan sanggup bekerjasama? Dan bagaimana
dengan minyak dan simpanan mineral di bawah Bumi? Siapa yang memiliki mereka:
kaum Mole atau kita? Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk
meneroka ruang angkasa – telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi?
Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu.
Setelah menerima
tekanan hebat dari wartawan, jurucakap White House menjanjikan informasi yang
dibenarkan oleh White House untuk disebarkan. Teapi beliau telah memberi amaran
“mungkin tidak untuk jangkamasa yang terdekat”.
Menurut sumber itu,
NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos ketika sedang menjalankan
projek rahsia yang di beri nama Operation Mole Hole – satu inisiatif dimana
wartawan sekarang percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan “teknologi
bawah tanah”.
Setakat ini NASA
telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah tanah di kawasan sekitar
Washington State’s Mount Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan juga gua-gua yang
berselerak sekitar barat daya U.S mengikut kata sumber. Berkurun lamanya
manusia telah bercerita tentang kewujudan makhluk di bawah muka Bumi.
Sekarang, buat
pertama kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan kesahihannya. Tetapi samada
makhluk-makhluk ini kawan ataupun lawan masih tidak diketahui.
~ Terjermahan bebas
ke Bahasa Melayu.. Sumber asal Derro Found
Living Under The Earth“
Penemuan ini juga
dikaitkan dengan Yakjuj dan Makjuj. Sejauh mana kebenarannya masih belum
diketahui.
Lokasi dimana
Yakjuj dan Makjuj dikatakan akan keluar. Wallahualam.
"Sama ada percaya atau tidak, seperti dijanjikan ia tetap akan
keluar, kecuali kepada mereka yang tidak mempercayai nas".
tqkisahkita
No comments:
Post a Comment