APAKAH NILAI GAMBAR INI DI MATA ANDA
Seorang kanak-kanak di Selatan Sudan mengheret mayat ibunya sambil
menangis tanpa mengetahui bahawa ibunya telah meninggal dunia akibat dahaga dan
kebuluran..
Kadang-kadang AC terfikir, mengapa Ibu kanak-kanak ini mati sedangkan
anaknya masih hidup. Pertanyaan itu terjawab sendirinya. Itulah kasihnya
seorang Ibu terhadap anak. Jika si Ibu mempunyai walau sebutir nasi, si Ibu
akan memberikan anaknya makan terlebih dahulu.
Si Ibu lebih sayangkan nyawa anaknya berbanding nyawanya sendiri.
Bukankah begitu? Jika tidak, masakan si Ibu mati.
Apa nilai gambar ini di mata anda jika anda masih membazir makanan walaupun sebiji nasi atau setitis air?
Astaghfirullahhala'zim...~
Apa nilai gambar ini di mata anda jika anda masih membazir makanan walaupun sebiji nasi atau setitis air?
Astaghfirullahhala'zim...~
No comments:
Post a Comment